Friday, January 7, 2011

TIRAN "Demo 2010" - RUSSIA


Selepas mengulas album pertama mereka (yap, mereka bukan demo band, tetapi telah mempunyai sebuah album!), peneraju TIRAN, yang juga pemilik Wings Of Destruction Productions telah menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Kami setuju untuk saling berkerjasama mempromosikan produk masing-masing. Jadi selepas 3 bulan, hari ini saya menerima sebuah bungkusan dari Russia.

TIRAN merakamkan demo ‘live ini pada bulan Jun 2010 dan mengandungi 4 lagu yang pastinya penuh dengan dentuman metal yang kotor dan berat. Mereka dengan bersahaja telah berjaya mengabungkan irama Speed Metal, Thrash Metal dan ol’ school Death Metal yang kedengaran begitu menghiburkan. Kualiti bunyi walaupun dirakamkan secara ‘live’ adalah amat baik sekali. Bila melihat foto drummer mereka, Kozlou yang begitu ‘nerd’, saya tidak terkejut beliau akan memberikan dentuman padu dan struktur menarik bagi Tiran. Bukankah sering kita lihat drummer-drummer yang sedemikian rupa pastinya membuat kejutan! Haha!

Jika anda mendengar demo ini dengan teliti ada pasti akan perasan lagu pertama mereka begitu keras berintipatikan Death Metal tradisional seperti kumpulan Deicide, Merciless, atau Sepultura lama manakala lagu ke-2 mengimbaskan kita kepada kenangan Venom “Welcome To Hell”, Metallica dan Slayer. Begitulah seterusnya. Agak sayang, kerana Tiran telah mempunyai identiti tersendiri di dalam album pertama mereka, namun mereka kembali dengan riffs tiruan sebegini walaupun kedengaran mengujakan. Walaubagaimanapun, Tiran adalah kuasa besar Death/Thrash Metal dari Russia yang harus diberi perhatian! Saya telah diamanahkan oleh Tiran untuk memberikan demo cd ini secara percuma kepada peminat metal underground disini. Buat masa ini sedozen demo ini masih berada di laci Faithcraft Productions. Hubungi kami untuk mendapatkannya! Anda juga boleh menghubungi mereka sendiri:

Gorbanev AD, Lenina 22-26, Velikie Luki, 182100 Russia
Email: wod-prods@mail.ru

No comments:

Post a Comment