Sunday, November 13, 2011

INSIDE “Hancur, Betabur, Hambur” (Kimar Regiment) –BORNEO


Antara kumpulan metal ektrim yang menguasai bumi dibawah bayu adalah Mantak, Barbalans, Manggas, Maar dan yang terkini adalah Crown Of Horn. INSIDE adalah sebahagian dari pemerintah di sana. Mereka sebelum ini telah merekodkan sebuah demo kaset yang sungguh ganas lagi kejam iaitu “Hellish.Hate.Holocaust” pada tahun 2005 dan merupakan kegemaran saya hingga kini. Dimaklumkan oleh peneraju mereka Rithzali Nasir mengatakan mereka telah merekodkan beberapa lagu baru, namun disebabkan tidak berpuas hati dengan hasil rakaman yang dikatakan terlalu bersih dan digital. Mereka tidak bersetuju untuk menerbitkannya dan bercadang untuk merakamkannya semula dengan sound yang lebih ‘jahat’.


Saya telah bersahabat dengan Rithzali atau lebih dikenali sebagai Adiek telah lebih dari sepuluh tahun, 2 demo kaset mereka masih baik berapa didalam simpanan saya. Jadi saya agak terharu menjadi orang yang ke # 41 menerima cdr live ini. Kualitinya adalah baik memandangkan ia hanya direkodkan mengunakan mp3 player oleh Jairo tanpa disunting semula, atau di mastering. Anda masih boleh mendengar apa yang mereka mainkan, teriakan dan salakan penonton-penonton yang begitu bersemangat menyokong Inside. Walaupun sekadar mendengar rakaman mentah sebegini, saya dapat merasakan mereka HEBAT! Ia tidaklah sehancur, barai seperti yang dinyatakan. Anda pasti dapat merasakan kegilaan mereka pada keseluruhan kandungan cdr ini.


Cdr ini direkodkan pada 13/9/2011 semasa mereka mengadakan persembahan bersama Impiety didalam siri Asian Abomination Tour di Cowboy Bar, Kota Kinabalu. Memuatkan 5 buah lagu termasuk sebuah lagu cover dari Maar bejudul “Mantera Pontianak”. Dan sebagai bonus, Inside menghadiahkan kepada anda sebuah lagu “Eternal Fire” yang direkodkan semasa sesi latihan mereka pada tahun 2004. Kualitinya tidak begitu baik, namun masih bisa goyang kaki sambil chatting di sesawang sosial mendengarnya. Hehe! 

Cdr ini memuatkan kerja grafik 3 muka oleh Adiek sendiri, menurutnya ini adalah kali pertama dia mengunakan photoshop. Hasilnya agak hebat! Mengandungi foto-foto yang diambil semasa Asian Abomination berlangsung, flyer gig, maklumat-maklumat mengenai rakaman tersebut, dan logo-logo mereka sejak dari awal. Adiek bijak kerana tidak memisahkan 5 lagu live tersebut kepada track berasingan, jadi sebaik sahaja anda memasukkan cdr ini ke pemain cd ini. Jangan cuba melepaskan diri! Jangan cuba skip! Tiada pilihan bagi anda selain mendengar semua lagu dengan kekuatan semaksima mungkin!!

Dapatkan cdr ini dengan harga hanya RM6 sahaja. 

Rithzali Nasir, P.O. Box 17159, 88872 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

No comments:

Post a Comment