Saturday, April 14, 2012

THE TEMERITY “Khayalan Syaitan” (MTD Prod) – MALAYSIA


Menurut biografi pendek dibelakang sampul cd ini, The Temerity berasal dari Pulau Pinang dan ditubuhkan sejak tahun 2001. Tempoh aktif kumpulan ini adalah dari 2002 hingga ke 2007, walaubagaimanapun mereka masih wujud hingga kini. Peliknya, saya belum pernah mendengar tentang kewujudan mereka sehinggalah memperolehi cd ini dari MTD beberapa hari lalu sedangkan pada sekitar itu saya aktif mengedit fanzine UG metal?! Adakah mereka tinggal di kuburan sekitar Seberang Prai?

Demo ini dirakamkan di Super Live Music Studio, Seberang Prai dengan kualiti yang agak memuaskan. Semuanya kedengaran dan tidak menyakitkan hati dan telinga mendengarnya. Tidak pula dinyatakan bilakah demo ini rakamkan? Mereka menjenamakan muzik mereka sebagai Eastern Black Death Metal, bagi saya ia adalah tipikal black metal dari Malaysia yang telah dialunkan oleh puluhan kumpulan sedemikian sekitar pertengahan dan hujung 90-an. Anda bayangkan sesuatu diantara demo kaset seperti HAVAGRIVA, PURNAMWULAN, AS SAHAR, dan juga lagenda seperti CROMOK. Bagi saya idea yang diketengahkan oleh Temerity adalah biasa sahaja, apa motif suara bersih dan riffing gitar ciplak “Langsuir Liar” bagi lagu terakhir mereka? Solo gitar pun lagu ini pun sangat Black Death sekali… cuba dengar!!!

Lima lagu dimuatkan dalam demo ini iaitu Khayalan Syaitan, Puaka Di Pinggiran, Raden Kratabangsa, Rentak Siulan. Anda boleh mencuba untuk berkenalan dengan Temerity melalui:

tycrewz@yahoo.com 
+6017-4363624

No comments:

Post a Comment