Sunday, December 7, 2014

JOM BERGAYA THRASHER



Saya sengaja memilih tajuk yang telah diperbahaskan dalam dokumentari GET THRASHED. Mulanya nak panjangkan kolum popular Trend, Poser, Groupies. Tetapi ini cerita pasal fesyen semata-mata dan thrash metal adalah fesyen sama seperti punk dan black metal. Tanpa fesyen, hilang ‘seri’ atau attitude genre-genre tersebut yang sangat-sangat bergantung pada imej. Tetapi jika hanya pandai melaram, satu jadah band thrash atau definasi thrash pun tak tahu nak cerita. Iktikad kafir namanya tu... hahaha. Umpama mengaku percaya pada tuhan tapi tak tahu cerita apa itu tuhan? Kan?

Thrash metal sangat kuat pengaruhnya di Malaysia, jika dilihat pada fesyennya.. mat glam rock atau hair metal pun mengaku mereka thrash metal kental.

Bon Jovi tak akan bersatu dengan Slayer bro... 

SEPULTURA dari Brazil
OVERKILL dari USA
PANNDORA dari Brazil
PUNISHER, local thrash legend

Jom bergaya bak thrasher..

1. PALING PERLU ADA… diulangi ‘WAJIB’ ada, kasut putih hi-cut atau hi-top. Kalau di Malaysia kasut yang paling dicari Aliph, Nike dan Reebok. Apa-apalah… sebab telah menjadi ‘tandaniaga’ thrasher adalah kasut hi-top berwarna putih tanpa dekorasi yang keterlaluan. (ingat saya kata glam rock tadi! Jangan terperdaya) Kalau sukar diketemui. Jangan terburu-buru. Pakai Converse All Star dulu.

2. Cari kutte. Kalau sembang dengan budak-budak metal sekarang, mereka panggil ‘battle jacket'. Kutte adalah jaket denim tanpa lengan. Beli saja yang terpakai di kedai bundle, sebab lebih lusuh dan tak skema. Kemudian beli patch-patch band thrash metal pada distro-distro terutamanya di booth mereka di setiap gig thrash, kat KL begitu mudah diperolehi di Campbell Complex, Pertama Complex atau di acara gig tahunan KL Thrashed. Hiasi kutte anda sejahat mungkin, stud, spikes, buttons bukan kewajipan tetapi ia mempamerkan ciri klasik pada kutte itu. PERINGATAN: Jangan sesekali basuh jaket denim anda!!!!

3. Sekarang jom dapatkan t-shirt yang begitu mudah diperolehi secara online atau pada distro-distro. Tumpukan pemilihan pada band thrash, punk atau heavy metal, tetapi jika anda turut mendengar muzik lain lantaklah. Yap, tidak semestinya baju band sahaja, baju skate, filem seram, surfing, boleh aja. Mahzab metal memang sinonim dengan seragam hitam tetapi bagi thrasher. Putih juga anggun bergaya.

4. Ok, cari jean skinny, tak usah yang mahal. Yang rabak lebih rugged. Jangan carikkan jean anda dengan pisau atau pakai buat kerja kontrak. Target kawasan yang ingin dicarikan, guna air bateri dan titis sedikit demi sedikit. Air bateri tu asid sulfurik tetapi dah campur air suling jadi beringat-ingatlah jangan sampai reput semua sekali. Hahaha!

5. Dapatkan tali pinggang peluru. Assesori metal yang paling unggul. Katanya di Malaysia ni salah kalau pakai bulletbelt, tapi sekarang dah ada tali pinggang peluru plastik, made in China tapi dijual di USA untuk parti Helloween. Wreckär pun pakai yang tu untuk photoshot. lihat sini. Kalau susah nak dapat.. apa buleh buat?

6. Simpan rambut kerana itu imej ‘keras’ anda seorang thrasher walaupun tanpa tshirt band. Jika anda berambut panjang, jean ketat dan kasut hi-top putih. Warga emas pun akan panggil anda ‘trash’. Hahaha! Tetapi jika anda terikat dengan majikan atau ibu ayah, apa buleh buat? Aku teringat satu kisah 17-18 tahun lalu, aku dan rakan-rakan baru balik dari gig di Penang dengan bas terakhir kira-kira jam 12.30 tgh malam, waktu itu kes black metal belum meletup. Ketika kami berempat sedang berjalan kaki pulang ke rumah, sekumpulan anggota polis narkotik menahan kami semua dihadapan KFC, mereka minta IC dan periksa beg, mereka tanya kami dari mana? Kami jawab balik dari gig. Gig tu apa? Tanya polis berkenaan. Kami kata konsert metal. Polis tu kata “ooo.. kenapa rambut pendek? Thrash kena rambut panjang. Thrash apa macam ni?… hangpa ni thrash takut mak laaa ni”! Lepas tu dia kata “Aku kira 1-2-3, aku mau hangpa hilang dari sini”. Celaka polis tu, mentang-mentang kami budak-budak thrash (padahal kami semua pakai kasut boots, baju black metal malam tu) dia buli kami suruh lari macam kena kejar anjing dalam kiraan 1-2-3. Aku tak boleh lupa perkara tu sampai sekarang…

OK, jom melaram bak thrasher dan kita tengok anda akan kena buli dengan polis tak?

No comments:

Post a Comment