Tuesday, December 15, 2015

FILSUFATIA “The Grand Eulogy” (BLAZT PROMOTION) –MALAYSIA


Saya pernah menyiarkan dalam Kemenyan zine, ungkapan dari Morgan Hakansson apabila ditanya tentang black metal, katanya “ Bagi aku black metal bukan muzik mengenai kisah bunian yang sedang bermuram durja mengenang nasib ditepian tasik..” saya sendiri turut berpendapat black metal adalah satu aliran muzik penentangan dan pemberontakan. Seterusnya era pun berlalu, pemuzik berevolusi, dan telah menjadi prinsip dalam pergerakan muzik bawah tanah juga agar tidak hanya mengikut dan berani mempamerkan idea baru. Ada yang benar-benar meleleh di tepi tasik, ada yang begitu suram dan kelam dengan melodi yang menghantui ruang-ruang kosong dalam jiwa pendosa.

FILSUFATIA datang lengkap dengan pakejnya, penerajunya Deep adalah seorang yang sentiasa wujud dibawah radar, tema grafiknya juga seiring lagu-lagunya (lanskap alam yang suram), pengunaan synth memainkan peranan besar dalam membangkitkan atmosfera dingin dan pilu. 

Demo ini asalnya diterbitkan pada tahun 2013 sempena ulang tahun ke-8 penubuhan FILSUFATIA, dan diterbitkan semula dalam kuantiti 40 keping oleh Blazt Promotion (Selangor) bersama-sama CD “Regret MMVX”. Bagi saya ada beberapa kerja adunan atau mastering yang boleh diperincikan lagi dalam demo ini, kerana beberapa bahagian kedengaran ‘buzzing’ atau 'popping'. Saya dengar dan kaji melalui hi-fi Pioneer dan custom home theater. Saya agak hairan kenapa ini terjadi sedangkan Deep yang saya ketahui amat teliti dalam rakamannya. Saya sendiri gopoh dalam rakaman (miking) album “Mystikult” dan beberapa bahagian lagu-lagu saya turut menimpa nasib yang sama. Maka dengan sebab itu saya cukup sensitif dengan bunyi yang kurang selesa tersebut. Bagaimanapun ia tidaklah menjejaskan intipati muzik FILSUFATIA, saya sangat sukakan lagu “Laverne (A million Miles To Nowhere)” dan mendengarnya berulang-ulangkali. Agung sekali lagu ini, bak puisi tanpa kata. Namun hampir kesemua lagu mempunyai flow yang hampir sama. Bunyi dram dengan tambahan reverb melebihi dari kebiasaan dalam lagu-lagu beliau membuatkan ia lebih lunak dan membuai perasaan. Beberapa riff-riff dan sentuhan melodi mengingatkan saya kepada pemuzik goth/rock dari Finland. Malah Deep kali ini banyak juga mengalunkan gitar plucking. “The Grand Eulogy” menumpukan kemampuan Deep dalam komposisi orkestra dan simfoni, serta beliau meminimakan sisi metal yang gelap itu. FILSUFATIA adalah satu keunikan dalam scene muzik bawah tanah Malaysia. Jika ada tshirt mereka, saya nak beli!! Hahaha!

FACEBOOK FILSUFATIA
FACEBOOK BLAZT PROMOTION

No comments:

Post a Comment