Sebuah cd yang padat dengan asakan muzik metal ekstrim dari negara kuasa besar dunia. Menampilkan 15 buah kumpulan paling buas di Russia iaitu Immoralist, Septory, Astarium, Grond, The Rigor Mortis ( bukan kumpulan lama Ross Dolan!), Tiran, Truep, Cavandish, Blood Pollution, Sanheim, Death Instincts, Monastery Dead, Grenduer, Violent Omen dan Arcanum Sanctum. Kesemua lagu-lagu didalam kompilasi ini adalah terbaik dari setiap kumpulan yang bervariasi dari black metal hingga ke heavy metal. Jika anda masih kabur tentang pergerakan underground metal di Russia, anda dapatkan cd ini dari Wings Of Destruction Productions yang diuruskan oleh pengasas Tiran ( kumpulan Thrash Metal berpengaruh di Russia). Cetakan saya bernombor; 223 yang diberi percuma oleh Tiran. Anda boleh menghubungi beliau untuk mendapatkan cd ini dan beberapa keping cd ini masih berada di dalam laci Faithcraft untuk diberi kan percuma kepada pelanggan setia.
Gorbanev AD, Lenina 22-26, Velikie Luki, 182100 Russia
No comments:
Post a Comment