Saturday, February 25, 2012

HEREAFTER “Endcient” - MALAYSIA


Menjadi antara yang pertama mendapat cd ini membuatkan saya sedikit bangga, sebabnya saya adalah orang nya yang memberi galakan kepada Redza (pengasas) untuk meneruskan karier beliau di dalam arena Thrash Metal setelah aktiviti kumpulan asal beliau DEVASTATOR tergantung tanpa penyudah, dan melihatkan status Hereafter kini, turut membuatkan saya tersenyum. Ya lah, Hereafter asalnya adalah sebuah projek one-man band yang merekodkan demo dengan peralatan-peralatan yang amatur dan ilmu yang terhad. Kini mereka telah berdiri sebagai sebuah kumpulan muzik yang serius dan mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Saya tersenyum lagi bila memutarkan cd ini sejurus mendengar lagu mereka yang pertama. Suatu ketika dahulu, era demo “After Tomorrow”, saya dan Redza pernah berbincang mengenai tetapan bunyi gitar kumpulan-kumpulan seperti SLAYER, dan SODOM. Bunyi yang kering, kurang reverb, manakala bass bertindak memberi kesan berat yang dominan dalam riff-riff yang dimainkan. Bagi saya, Hereafter telah berjaya mendapat bunyi yang mereka impikan dengan terhasilnya album ini! Satu kemajuan yang perlu diberi perhatian. 

Saya pernah mengkritik album mereka sebelum ini berjudul “Government Conspiracy” yang banyak berkisar tentang senario politik serta meneggelamkan unsur sci-fi yang menjadi teras penubuhan Hereafter sebelum ini. Malah itu adalah keunikan Hereafter sebelum ini. Mereka menjadi kumpulan muzikal politikal, tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi. Itu adalah salah! Hahaha! Jadi, sekembalinya Redza menjelajah semula ruang sci-fi dan post apocalypse (kedatangan Hari Kiamat) yang ditinggalkan sebelum ini, membuatkan mereka berada di kelompok ‘unik’ kembali. Sebuah lagu berlirik Melayu diselitkan mungkin sebagai trademark mereka untuk setiap material baru. Sesiapa yang melalui zaman sekolah rendah era 80-an pasti pernah mendengar dan belajar mendendangkan lagu “Tiga Sekawan” , ini adalah fucked-up version “Tiga Sekawan”. Ia memang macam celaka!

Permainan ketiga-tiga anggota menampakan kemajuan, malah suara nyanyian semakin bagus walaupun kini beliau lebih kepada gaya nyanyian Heavy Metal dengan penetapan effect yang sesuai. Ini dapat dilihat jelas dalam lagu cover King Diamond, beliau hampir berjaya membawakan suara Pontianak tersebut, cuma masalahnya King terlalu hebat untuk ditiru oleh manusia biasa. Namun ia satu percubaan yang baik. Saya berpendapat, Vader dari I.S.S Studio bertindak cemerlang sebagai jurutera bunyi pada kali ini. 

Manakala reka letak kulit album mereka masih dikekalkan dengan tema dan font yang sama setelah sekian lama. Ini membuktikan mereka masih mempunyai jatidiri yang kuat. Cd ini diterbitkan dengan kolaborasi Nuclear Gachal Recordings, Magenta Screen, Withhunter Prods dan Metal Porn Prod.  Dapatkan cd ini sekarang menerusi: hellishred@yahoo.com

“..berjudi, hisap dadah, kongket bersama’… minum todi, hisap gam, 1 Malaysia… “

No comments:

Post a Comment