Saya terlupa untuk bertanya kepada Kevin atau Shaun mengapa mereka menamakan kumpulan mereka sebagai Crown Ov Horn? Tetapi saya perasan sebuah lagu berjudul “Crown Of Horns” dari album CRYTOPSY pada tahun 1996. Untuk membandingkan Crown Ov Horn dan Crytopsy sememangnya seumpama membandingkan lautan luas dan sebuah tasik. Tetapi anda sesekali jangan ambil ringan kumpulan Black/Death metal dari Kota Kinabalu ini.
Biar saya beri perbandingan saya sesuai untuk mengambarkan penaklukan mereka yang semakin meluas di rantau ini. Kemunculan mereka sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada kebangkitan sebuah band bernama BEHEMOTH. Sebelum menerbitkan album “Satanica” mereka adalah sebuah band black metal yang tipikal dari sebuah negara miskin di Eropah. Tiada sesiapa yang memberi perhatian kepada mereka. Dan apabila perintis mereka, Nergal menjenamakan semula muzik mereka kepada Black/Death metal. Meningkatkan tahap penulisan lagu mereka maju satu aras lagi melebihi mereka yang lain. Dan berkesempatan menerbitkan segala-galanya dalam bentuk yang lebih professional. Seluruh dunia memberi perhatian kepada mereka kini. Ia tidak sesekali bukan atas dasar ‘nasib’. Ia dari sebuah usaha yang gigih.
Shaun - Aku lapaqqqq ooii!!!! |
Album ini diterbitkan oleh sebuah label paling aktif di Sabah iaitu Evil Dead Productions dan dirakamkan di 2 buah studio berbeza untuk mendapatkan hasil yang lebih bermutu. Secara keseluruhannya album ini dikerjakan sepenuhnya oleh Kevin di studio miliknya Helvet Studio yang mana kerja-kerja kejuruteraan bunyi turut dibuat oleh beliau sendiri. Beliau juga orangnya yang memerah otak bagi setiap penulisan lirik mereka yang berkisar tentang penyiksaan, kematian, peperangan, dan kemusnahan.
Semua anggota Crown Ov Horn telah memberikan semaksima mungkin keupayaan dan keringat dalam menghasilkan album ini. Ketukan dram yang sangat padu dan teknikal diolah Shaun memberikan satu sentuhan dinamik bagi setiap lagu. Begitu juga kekuatan vokal Rajj yang dalam dan jeritan tinggi namun jelas menyebut setiap bait-bait lirik. Kevin bijak dalam menghasilkan riff-riff yang berkesan serta melodi-melodi yang kuat. Tona bass yang timbul turut diketengahkan oleh beliau. Ini bukan kerja aduanan bunyi sebarangan.
Sekali pandang dengan kerja-kerja grafik dari Ironworx jelas menunjukan Crown Ov Horn adalah sebuah kumpulan Satanik dengan logo bertatahkan pentagram. Tetapi jika ditelitikan lirik-lirik dari Kevin, semua lirik-liriknya diilhamkan dari dunia realiti dan kemusnahan dunia sebenar. Bukan sekadar fantasi gelap yang telah komik sekarang.
Semua lagu mereka pasti akan berjaya menakluk diri anda jika anda menyukai MARDUK, BEHEMOTH, KRISUN atau VADER. Saya memberi markah penuh untuk album ini. 10 bintang terbalik!
No comments:
Post a Comment