Inilah flyer gig pertama yang benar-benar gerun aku penah tengok. Seolah-olah Ayah Pin yang jadi penganjur gig ini. Hehehe. Aku dan Chainsore memang dah berjanji awal-awal untuk berhibur dengan kutu-kutu dari Bestial Horde, Kherow dan Crown Ov Horn di Penang ini. Namun disebabkan masalah kesihatan anaknya, Chainsore sebagai bapa bertanggungjawab terpaksa mengundur diri.
Jadi terpaksalah aku memandu seorang diri ke pulau mutiara. Aku sampai di Banana Questhouse jam 4.30 petang, terus ambil krew Bestial Horde ronda pekan. Volvo aku pun buleh muat 5 orang sahaja jadi tak dapatlah aku haroung kesemua. Itu pun nasib baik, Kherow terpaksa membatalkan penyertaan mereka kerana ketiadaan drummer yang sedang mengerjakan umrah. Kalau tidak, kesian kat Volvo aku! Ahha!
Lepas bawa Bestial Horde tibai roti naan with cheese dan ayam tandoori. Kami berangkat ke mercu tanda Penang iaitu Komtar untuk sesi ziarah Deadbeat Shop. Aku pun termasuk diantara orang yang pertama kali mengunjungi kedai yang dibuka oleh pemilik Razorback Records, Jill Girardi dan suaminya.
Aku mendapat sms dari Syargorth pada jam 6.00 petang memaklumkan gig di Soundmaker telah bermula. Manakala Bestial Horde mendapat slot pada jam 8.00 malam, Crown Ov Horn pula sebagai kumpulan penutup. Dengan itu kami kembali ke Banana dan rileks serta mandi-manda sebelum berangkat ke Soundmaker.
Kami sampai di Soundmaker jam 6.30 malam. Sempat berbual-bual dengan Eddie yang merupakan salah seorang penganjur dari Horsemen Records. Menurut Eddie ini merupakan kali ke-3 mereka berjaya mengumpulkan kumpulan-kumpulan underground dan melakukan tour dengan sebuah bas. Aku difahamkan oleh Bestial Horde, Eddie dan Horsemen Records telah menjalankan pengurusan tour dengan baik cuma jadual yang diberikan agak ketat. Ini sebenarnya perkara biasa bagi kumpulan-kumpulan yang melakukan tour di Amerika, jadual yang ketat dan memenatkan. Mereka seperti bekerja di sepanjang tour ini. Bezanya, pendapatan mereka lebih lumanyan. Kita adalah kaum yang baru hendak adaptasi budaya ini. Jika Four Horsemen sebagai perintis berjaya dengan penganjuran tour sebegini bermakna perkembangan scene underground akan lebih rancak. Maka lebih banyak kumpulan berminat untuk menjelajah setiap bandar menemui penyokong-penyokong muzik dan fahaman mereka.
Tiket yang dikenakan RM20, manakala penonton yang hadir pada petang itu mungkin melebihi 100 orang. Sementara Bestial Horde make-up tebal dan pakai rambu-ramba, aku tengok SCENT OF CARNAGE membuat persembahan. Mereka mulakan persembahan mereka pada petang itu dengan cover dari VITAL REMAINS “Dechristianize”, memang percubaan berani mati. Aku sebagai peminat Dave Suzuki memang terkejut la. Walaupun tidak sempurna dan aku hanya dapat tangkap bahagian-bahagian chorus sahaja. Mereka berani. Lagu-lagu mereka juga hebat dan penuh asakan brutal death metal yang tepu dan tiada tolak ansur. Aku mengenali Addy, pemain bass kumpulan ini sejak tinggal di KL lagi. Beliau telah menubuhkan beberapa kumpulan sebelum ini yang semuanya kecundang kerana tiada komitmen yang tinggi dari anggota lain. Yang hebatnya, beliau tetap setia dengan genre Brutal Death Metal sehingga kini. Semoga SCENT OF CARNAGE boleh pergi lebih jauh lagi.
BESTIAL HORDE naik ke pentas dengan gagah walaupun mc jelas tersalah sebut Bestial Horse. Hehehe. Seronok aku tengok carakerja kumpulan-kumpulan dari Sabah, mereka akrab tidak mengira sebarang genre. Anggota-anggota Crown Ov Horn saling membantu untuk menyediakan setting bunyi dan dram kepada Bestial Horde begitulah juga mereka kepada Crown Ov Horn nanti. Bestial Horde turut serta dalam rangka jelajah semenanjung Malaysia ini untuk mempromosikan album mini mereka berjudul “Nuclear Metal Lust”. Mereka memainkan set-set mereka tanpa menghiraukan sistem bunyi yang semakin hancur. Bestial Horde tetap memberikan yang terbaik dan penonton rata-rata kelihatan terhibur dan memuji imej mereka yang 100% - metal!
Bestial Horde selesai membuat persembahan kira-kira jam 11.10 malam, masih terdapat 3 kumpulan untuk menggila sebelum giliran Crown Ov Horn. Jadi ada baiknya kami ziarah Nasi Kandar Beratur di Masjid Kapitan Keling. Kami tiba dikira-kira jam 11.40 malam disitu, orang bagaikan ada pasar malam dan berbaris sampai belah sana nu!! Kalau kami teruskan juga hajat hendak makan di situ, alamatnya esok pagi la baru dapat makan! Maka, terpaksa ke Line Clear lagi, walaupun baru minggu lepas aku makan di situ. Sekurang-kurangnya Bestial Horde tak kempunan makan nasi kandar di Penang. Yang ralatnya, ayam goreng dan kari nya kurang kick malam ini!
Kami kembali ke Soundmaker jam 12.30 malam, rupanya Crown Ov Horn sedang main. Aku hanya sempat lihat dan rakam persembahan lagu terakhir mereka iaitu sebuah lagu cover dari Mayhem “Freezing Moon”. Sempat la aku tengok Shaun ketuk dram sampai terpelanting stick tuh! Hahaha! Penonton-penonton jelas puas hati dengan persembahan mereka.
Dengan segera juga aku panaskan enjin kereta, salin baju dan memandu seorang diri merempuh embun dingin. Aku berhenti di R&R Sungai Dua, solat, berfikir sejenak, tersenyum sipu sorang-sorang memikirkan gelagat Bestial Horde dan terus memandu dengan rasa ngantuk yang amat sangat. Aku sampai di Kangar jam 3.30 pagi.
p/s: ada mamat black metal nak makan penampar dengan aku depan Soundmaker. Kita jangan sombong dengan orang, kalau kita hendak jadi true, nak sombong, nak jadi ganas, nak jadi setan,… kena pandai kung fu. Nanti kena taboh…
translation: if you wanna be so-uptigh black metal bastard, true fucking black metal arrogant, u don’t need anyone, you don’t care anyone, you don’t mind anyone, you don’t respect anyone… what you needed most is… a very good practice of martial art. If not… I’m going to beat the shit out of you!!
No comments:
Post a Comment