Pertama kali saya (dan saya pasti anda juga) terdedah dengan perkataan “Non Serviam” bila membeli album ke-2 kumpulan Atmospheric Black Metal lagenda dari Greek iaitu ROTTING CHRIST yang diterbitkan pada 1994. Non Serviam merujuk dari 3 agama Samawi yang hampir sama versi kesemuanya adalah lafaz dari Lucifer/Azazel/Iblis bermaksud “Aku tidak akan taat” kepada perintah Tuhan Nya.
“Notorius King. Unblessed. Isolated. Open his wings. Lord himself – Non serviam! – masih kuat chorus lagu tersebut di dalam ingatan saya.
Leon, peneraju kumpulan ini mengingatkan saya bahawa ejaan kumpulannya adalah NONSERVIAM. Penegasan beliau ada sebabnya, ini kerana terdapat 3 buah kumpulan lagi dari Sweden (paling dikenali), Peru dan Argentina yang turut mengunakan nama yang sama. Boleh dikatakan telah 3 kali saya melihat Leon membuat persembahan di dalam kumpulan-kumpulan yang dianggotai beliau, dan semuanya adalah hebat-hebat belaka. Perkara yang saya kagum tentang beliau, adalah sikap professional beliau setiap kali membuat persembahan walaupun penonton-penonton hanya kaku dan membatu. Beliau tetap memberikan persembahan yang bertenaga. Sesuatu yang pelik tentang orang Malaysia, kita seringkali rasa asing dengan kumpulan metal Cina. Sebelum itu, biar saya perkenalkan, Nonserviam adalah Leon Low, Valent Teoh, Evan Tan dan Gary Chin yang semua nya adalah berbangsa Cina. Dan menurut pandangan saya juga, inilah juga level paling ektrim pemuzik-pemuzik metal berbangsa Cina di Malaysia kecuali Kevin yang gila dari Crown Ov Horn itu! Hahaha! (I’m joking, Kevin!)
Ya, mereka memperjuangkan irama Swedish Death Metal atau lebih spesifik Gothenberg Death Metal yang dipelopori oleh genius-genius seperti AT THE GATES, DARK TRANQUILITY dan IN FLAMES. Golongan pertama yang paling berjaya melacurkan death metal dan ‘keayuan’ melodi.

Produksi “Ordinance Of Reason” ini boleh dikatakan professional sepenuhnya, dengan melalui proses rakaman di 3 studio berbeza, sentuhan dari 4 jurutera bunyi;- Azim, Cheong, Dark-E dan Stephen Murphy dan disudahi dengan kerja adunan dan mastering dari Stephen Murphy, seni kulit cd 4 mukasurat cetakan pro dan mengunakan Lightscribe cdr. Pakej ini hanya dijual dengan harga RM10! Mereka memberikan anda yang terbaik tanpa memikirkan pulangan yang menguntungkan. Kenapa anda tunggu lagi untuk membeli cd ini?
Sebaik sahaja saya memutarkan cd ini, saya melihat spectrum analyzer pemain cd saya. Jelas arus bunyinya sangat luas dan tebal. Ini menunjukkan kerja-kerja mastering yang bagus telah dijalankan oleh Stephen Murphy dari kumpulan UNIVERSUM yang turut menyumbangkan gitar solo untuk lagu pertama “Dogmalevolence” bersama Micheal Soininen yang juga dari kumpulan Universum. Ini adalah lagu terbaik dalam cd ini mengikut perkiraan saya. Produksi bunyi mereka adalah arca tiruan kumpulan-kumpulan idola mereka dari Sweden yang saya telah sebutkan tadi. Bunyi dram mereka jelas persis D.T yang meruncingkan bunyi snare dan bunyi paddle yang berdetik-detik. Ia hasil yang hebat tetapi langsung tidak tulen. Tetapi gaya nyanyian Leon telah memberikan sentuhan peribadi kepada Nonserviam. Pemain keyboard juga faham dengan kewujudan beliau di dalam kumpulan death metal bermelodi ini dengan tidak menjadi terlalu dominan hingga meneggelamkan rif-rif berat mereka.
Lirik-lirik Leon banyak berkisar dengan dogma, falsafah, sekulariti, kebebasan kendiri dan turut dipengaruhi oleh buah pemikiran Aleister Crowley. Beliau turut memberikan nota ringkas bagi menjelaskan setiap mesej yang terkandung dalam setiap lagu.
Secara keseluruhan hasil kerja Nonserviam adalah sangat kemas dan cemat.
Dapatkan cd mereka, pergi ke persembahan mereka dan sokong usaha mereka memartabatkan muzik ektrim tanahair dengan cara yang lebih intelektual.
No comments:
Post a Comment