Kuala Kangsar esok lock-up your
reban, they are coming…. Is it Jebon?
|
Malam sebelum gig ini, aku berbual-bual dengan Dave Theisen, pemilik Feudal Throne Productions mengenai perkembangan produksi piring hitam Blackfire yang tertangguh hampir setahun. Dave mengatakan segala keperluan telah tersedia, malah hasil remastered dari Gorgon Studio, USA telah pun diterima beliau, kini hanya tinggal bahagian kerja-kerja untuk nota-nota dalam kulit album itu sahaja yang belum siap. Secara tidak sengaja Dave memberi tahu aku, it seems Joe Kidd dislikes your band. Aku hairan? Dari mana hang baca ni? Dave pun beritahu aku beberapa minggu yang lalu Joe Kidd ada letak status kat wall fb dia yang maksudnya lebih kurang yang dia tidak sesekali akan support band yang ada lagu berjudul “Faggots May Rot”.
Jelas sekali itu lagu Wreckär. Aku dan Dave ketawa. Jujurnya, aku tidak terkilan sedikit pun dengan kenyataan Joe Kidd tersebut. Walaupun kami tidak se-professional mana, kami professional dalam menerima apa yang Joe putuskan tersebut. Sebabnya, kita sedia tahu Dung adalah sebuah kumpulan punk yang memperjuangkan kebebasan secara radikal. Mereka tidak bersembunyi malah berjuang dibawah panji-panji PKR dan lantang menyuarakan hak kebebasan individu serta rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan negara sekarang dan beberapa barisan Perdana Menteri sebelum ini juga. Mereka menghormati perjuangan cendiakawan seperti Ambiga. Orang macam Ambiga bukan muslim. Dia berjuang atas hak dia sebagai rakyat dan kebebasan yang dia rasakan perlu. Jadi adalah sesuatu yang tidak selaras jika mereka menyokong Wreckär. Namun, kami tidak lansung terjejas dengan kenyataan tersebut. Malah kami rasa, mesej dan imej band kurang ajar ini telah sampai.
Wreckär dianggotai 3 orang lelaki yang konservatif. Kami hidup cara kampung, kami cemuih benda yang trendy tetapi kami juga trendy, kami menghormati wanita dalam masa yang sama kami buat benda yang menzalimi wanita, kami benci fesyen tetapi kami berfesyen juga, kami benci pondan tetapi kami kena terima juga khunsa, senang kata Wreckär adalah kebencian. Kami benci orang dan orang benci kami. Jika anda terima hak kebebasan kepada kami untuk membenci kamu. Maka tidak salah untuk kamu membenci kami juga. Hahaha!
Joe Kidd tidak menyukai falsafah anti-pondan kami tidak mengapa. Itu hak dia. Aku tetap ke Inginku Rejam Tour 2012 ini sebab Carburetor Dung sebuah band yang aku kepingin untuk melihat persembahan mereka sejak dari dahulu dan tidak kesampaian. Apa istimewanya Dung ini?
- Dari segi muzikal. Lagu Boo Hoo adalah drumming pertama yang aku mainkan. Aku ingat lagi kami 3R, - Roohi, Ronnie dan aku kumpul duit sekolah pergi sewa studio (milik Subri Blackfire- kat PTK) buat kali pertama dalam hidup aku dan main lagu ini. Itu kali pertama aku sentuh drum dan terus boleh main. Sayangnya Roohi dan Ronnie hanya tahu main gitar separuh lagu sahaja.
- Aku boleh hafal beberapa lagu dalam album sulung mereka (1993) hingga sekarang. Terutama lagu “Labours Of Hate” itu memang antara terbaik. Aku penah kerja buruh, 4 kilang dah penah aku penah kerja. Lagu itu bermakna.
- Dulu tahun 90-an zaman sekolah ada rancangan TV3 yang dihoskan oleh Redza Saturnine yang bernama Alternative. Aku penah tuang sekolah pergi rumah Annas (2nd editor Kemenyan zine) sebab mahu tengok Dung masuk rancangan itu main lagu “Don’t Know”.
- Sebelum tertubuhnya Carburetor Dung, Joe Kidd, Azmi Bahari (Blackfire) dan Wan Hamidi penah menubuhkan sebuah kumpulan anarcho punk bernama Millions of Mad Muslims pada sekitar 1989. Walaupun tidak bertahan lama dan tidak sempat merakamkan lagu mereka. Ia kolaborasi antara 2 entiti yang unik.
- Pada 6 Julai 2008 sebuah insiden unik telah menimpa Dung apabila mereka diserang oleh penonton-penonton yang berjuang didalam landasan yang sama dalam satu konsert Anti-Oil Hike Rally di Stadium Kelana Jaya. Dung pada waktu itu sedang menyampaikan lagu “Mari Nyanyi Menjilat” apabila penyanyi mereka Alak (dari kumpulan PUSHER dan menyertai Dung pada 2003) menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam sambil menjerit ‘jilat’. Penonton yang marah kemudiannya naik ke pentas dan diikuti serbuan penonton ke depan, membaling botol dan batu bata hingga mencederakan Alak. Dung menyifatkan kejadian tersebut terjadi kerana provokasi pihak tertentu. Dalam masa yang sama Ketua Pembangkang sedang menghadapi tuduhan liwat buat kali ke-2.
- Dung kumpulan punk yang kental falsafah dan imej. Mereka terus beraksi secara DIY (Do-It-Yourself), tanpa diikat oleh kontrak dengan syarikat rakaman korporat atau promosi dari media massa arus perdana. Mereka merakam dan mengeluarkan hasil rakaman lagu-lagu mereka dan menjalankan aktiviti mereka secara sendiri hingga kini.

Aku bergerak dari rumah jam 2 petang dan terus ke Jitra menjemput cikgu Diken yang sah-sah tidak mahu ketinggalan untuk melihat hero dia. Kami bertolak dengan penuh gaya dan santai dengan kereta tua aku dan tiba di belakang bangunan Soundmaker jam 4.30 petang. Telahan kami memang tepat gig yang dijadualkan bermula jam 3.00 petang itu pastinya tertunda ke waktu lain. Oleh kerana krew-krew pihak penganjur mengatakan gig tersebut masih belum ada tanda-tanda untuk mula. Kami ke Restoran Kapitan dahulu untuk membalun roti naan with cheese and tandoori chicken. (cakap omputih bagi nampak kemamakan!). Kemudian, ziarah masjid Nagore. Ini solat untuk kali ke-2di masjid lagenda tersebut.
Kami kembali ke Soundmaker, tepat pukul 6 petang barulah gig ini bermula dengan sebuah kumpulan melodic death metal yang semua ahlinya berbangsa Cina bernama NON SERVIAM. Mereka memang sangat berpotensi dan memberikan persembahan yang terbaik sekali pada hari ini. Aku pernah menyaksikan penyanyi mereka beraksi bersama DISSECTOMY sebelum ini. Mereka memang berbakat dan dipengaruhi oleh New Wave Of Swedish Death Metal. Sayangnya hari ini, mereka bermain di dalam gig yang asing dan dihadapan penonton yang asing. Ini bukan soal racist! Bagaimanapun, aku kagum dengan mereka kerana tetap memberikan yang terbaik. Sebuah lagu cover PHEONIX dari Taiwan yang dinyanyikan dalam bahasa Hokkien dijadikan penutup persembahan mereka pada petang itu.
Seterusnya sebuah kumpulan Oi dari Kuala Kangsar, STREET BOUNDARIES mengambil tempat. Aku tidak menjangkakan sesuatu yang istimewa dari kumpulan ini disebabkan kejahilan dalam scene Oi dan Punk. Rupanya merekalah yang menguasai persembahan pada petang ini, rata-rata penonton (mungkin kira-kira 80 orang, ini bilangan paling ramai aku penah lihat di Soundmaker) kepunyaan kumpulan ini. Lagu-lagu mereka meriah, catchy, dan sing-a-long. Itu formula Oi untuk menguasai suasana. Penyanyinya berjaya menarik penonton untuk sama-sama menjadi sebahagian dari persembahan mereka pada petang itu.
COMPULSION TO KILL mengambil alih pentas pada waktu Magrib. Turut menampilkan drummer dari kumpulan Grindcore, TORTURE INCIDENT dari Kuala Lumpur. Sejumlah penonton telah keluar sebaik sahaja Street Boundries tamat persembahan. Menjadikan suasana agak lengang. Namun mereka tetap memberikan serangan old school Grindcore yang padat dengan ditemani beberapa orang sahabat setia mereka. Sistem bunyi dan amplification pada waktu ini sudah bermasalah dan kedengaran bingit sekali.
Tiba waktu DUNG beraksi, Joe Kidd membawa head amp beliau sendiri namun sistem bunyi masih tidak begitu memuaskan. Dung menyampaikan semua lagu didalam album terbaru mereka “Inginku Rejam Raksasa Kejam!” dan atas desakan penonton mereka menyampaikan 3 lagu dari album “Songs For Friends” yang membuatkan aku dan Badril gembira walaupun struktur lagu-lagu lama tersebut telah diolah lebih ringkas dari permainan dram Lan Bear. Drummer DUNG yang terkini sejak 2004 lalu adalah Bullet yang merupakan veteran Thrasher dari kumpulan PUNISHER dan NEMESIS. Joe Kidd memberi penerangan dan mesej satira bagi setiap lagu yang disampaikan dan tidak lupa untuk mengkritik kerajaan dan kepimpinan sekarang. Diken tersenyum puas lebih lagi bila Joe Kidd kutuk Rosmah.
Dung menutup persembahan mereka dengan lagu “Oppression” pada jam hampir 10 malam. Disebabkan aku terpaksa bertugas jam 7 pagi esok (16 jam pulak tu!), kami terpaksa beredar tanpa sempat melihat kumpulan-kumpulan lain seterusnya. Sebelum keluar aku sempat juga beli cd Dung “Inginku Rejam Raksasa Kejam” sebagai tanda sokongan perjuangan D.I.Y mereka.
Kami terus ke masjid Kapitan Keling dan ke Nasi Kandar Line Clear untuk menyokong industri kari di Georgetown pula.
No comments:
Post a Comment