Rancangan bersama Chainsore, bass dan vokalis WRECKÄR untuk melihat
HAILGUN beraksi di Sungai Petani, Kedah terbantut kerana Chainsore terlibat
dengan mesyuarat jabatan beliau hingga ke petang. Aku hubungi Azil, beliau pun
sibuk dengan jadual kerja tidak menentu. Kemudian aku hubungi Diken, sms hari
ini esok balas, sms pagi, malam baru balas. Dia pun sibuk agaknya.
Cuti dah pun lulus. Ada baiknya aku teruskan jua hajat untuk bersama
HAILGUN. Bila bertanya pada adik, setuju pula dia walaupun bukan minat beliau
agenda muzik bawah tanah ini. Sekurang-kurangnya ada teman.
Dalam pertengahan jalan, kereta aku dah mula buat hal. Bila brek dah
bunyi macam lembu kena sembelih masa hari raya korban. Aku sempat berhenti
disebuah bengkel, kata mekanik brake servo dah bocor tetapi kalau brek masih ok.
Abaikan sahaja bunyi tu, kata mekanik. Ok, abaikan.
hydraulic pump down! |
Brake servo down! |
Sebaik sahaja tiba di R ‘n’ R Gurun untuk berhenti solat. Kereta dah
buat hal lagi, kali ini siap stering dah kaku. Nasib baik jadi di tempat
selamat. Bila aku periksa, pam hydraulic pula dah jatuh. Mahu tak mahu terpaksa
telefon bantuan dari Plus. Aku tiada tools. Beberapa orang cuba membantu pun
gagal, sebab Volvo banyak pakai nut bersaiz ganjil.
Bantuan Plus sampai hampir 2 jam selepas itu. Tiga kali aku buat
panggilan baru mereka sampai. Katanya ada insiden berlaku di Pendang. Dah tiba
buat kalut shift bertugas habis pula. Mahu tak mahu dengan pengetahuan ‘zero’
dalam membaiki engin Volvo. Aku buatlah apa yang patut. Begitu juga kakitangan
bantuan Plus. Yang mereka tahu, hulur sepana!
Penat, letih, basah lencun ( hujan turun plak!) kami tetap teruskan
perjalanan. Kesian kat adik, termangu bosan. Lagipun, Sungai Petang hanya 22km
sahaja lagi.
Tiba di S.P mencari venue pula yang entah dimana. Teringat pula
perbualan telefon bersama Farid, HUMILIATED GRAPES pagi tadi mengenai gig ini.
Katanya venue ini berhampiran Swiss Inn. Jadi bila jumpa sahaja Swiss Inn,
jumpa Hotmas, bila jumpa Hotmas, maka jumpalah kami AF Studio ini. Nampak
kelibat Pat Simkim mundar mandir di bawah venue bersama beberapa orang crowds.
Kami sampai di venue, pukul 9.00 malam. Gig belum pun bermula padahal
di flyers acara dijadualkan bermula pada 6.00 petang. Kalau dahulu aku sering
salahkan penganjur, bila aku sendiri jadi penganjur pada minggu lalu untuk gig
BELLIGERENT INTENT dan CEMETERY URN baru aku faham. Walaupun kami dah siap
sedia termasuk B.I dan C.E yang datang jauh dari Australia. Ketiga-tiga
kumpulan dari tempat sendiri, sekitar Kuala Lumpur pun hanya sampai jam 9.30
malam walaupun dalam flyer kami dah letak acara bermula 7.30 malam. Salah siapa
disini?
Begitu juga di S.P, pukul 9.00 malam tetapi 2 kumpulan difahamkan masih
belum muncul bagi memulakan gig ini. Adik pula bila dah tengok kutu-kutu
punk/hardcore sudah mula muncung dan tak mahu masuk. Pening kepala kita
dibuatnya.
EP pengubah hati yang lara - Thanks Pat! |
Apa pun sempat berbual-bual dengan Pat Simkim, bass dan vokal dan
Smally, pemain dram HAILGUN, manakala Tim difahamkan sedang tidur kerana sakit
perut. Smally turut memberitahu beliau juga tidak tahan dengan masakan Malaysia
yang pedas-pedas belaka. Pat dan Smally memuji orang Malaysia yang rata-rata
generous katanya. Aku memaklumkan pada Pat dan Smally yang kami baru sahaja
menganjurkan sebuah gig kepada BELLIGERENT INTENT dan CEMETARY URN yang juga
dari Melbourne. Sayangnya, menurut Smally scene punk dan scene metal di sana
tidak sebulu dan masing-masing terpisah dengan etika berbeza walaupun dari
dunia bawah tanah. Kami sempat bertukar-tukar cd dan EP. HAILGUN memang sempoi.
Rakan-rakan dari PSYCHOTIC SUFFERANCE juga hadir, dan sedang sibuk melayan
crowds di booth mereka. PSYCHOTIC SUFFERANCE sebuah band grindcore yang perlu
diberi perhatian!
Kesian melihat adik yang dah tak tentu arah. Aku dengan berat hati
memilih untuk bergerak pulang. HAILGUN dijadualkan bermain diakhir sekali,
manakala hampir 7 kumpulan akan beraksi pada malam itu sedangkan pukul 10.00
malam masih menunjukkan tanda-tanda untuk gig bermula.
Selepas singgah untuk makan, kami berdua balik dengan kelajuan 80km/h
dan sampai hampir jam 1 pagi di Kangar. Syukur tiada sebarang musibah berlaku.
Agak kecewa sebab tidak dapat lihat HAILGUN dan PSYCHOTIC
SUFFERANCE beraksi.
No comments:
Post a Comment