Mereka ini tidak bersalah. Sekadar gambar hiasan |
Asalnya aku ingin menulis blog dengan tajuk ‘Bitching in Metal’, rasanya tajuk seperti diatas lebih bersesuaian untuk penulisan dalam bahasa Melayu. Sebenarnya, beberapa rentetan peristiwa yang dilalui oleh rakan-rakan terdekat dan diri aku sendiri yang mencetuskan idea aku kongsikan pandangan ini. Kadang-kadang kita dapat lihat, jauh benar perbezaan sikap dan jati diri kumpulan-kumpulan underground hari ini berbanding zaman ‘analog’ dahulu.
Aku percaya, sesebuah kumpulan metal wujud walaupun se-positif mana pun haluannya, kejadian semulajadinya adalah didorong oleh ‘kegelapan’. Ia membuatkan muzik metal itu lebih memberontak dan keras mesej serta ritma nya dari genre yang lain. Jika sebuah kumpulan muzik alt / grunge dari kolej seperti VERTICAL HORIZON (jangan salah faham, aku minat gila band ini) menyundal sebelum mereka popular ia adalah perkara biasa dan lumrah bagi mereka. Ia menjengkelkan bagi sebuah kumpulan metal bawah tanah jika ingin mengikut kaedah yang sama untuk mengecap glamour.
Antara kriteria kumpulan metal sundal;
TIADA IMEJ
Muzik adalah yang paling utama ,walaubagaimanapun imej amat penting dalam muzik metal. Ia mencerminkan jatidiri. Sesebuah kumpulan metal yang wujud tanpa sebarang identiti dan imej. Ia sekadar minat muzik yang ala kadar, suka-suka, ‘ nanti tua boleh cerita pengalaman’. Non ambitious.
PROMOSI JALANG
Pernah suatu masa, aku asyik menerima mesej di wall facebook aku dari seorang insan ini ‘please like my band’. Bila aku ke wall rakan-rakan aku semua ada mesej tersebut dari beliau, hinggalah sewaktu aku sedang stalk gadis-gadis yang tidak private-kan akaun facebook mereka, tetap aku jumpa insan ini dengan mesej –PLEASE LIKE MY BAND. Aku kesian tengok dia, kumpulannya ada beberapa lagu dalam bentuk demo, itu pun 7-8 tahun lalu. Kenapa sampai jadi macam ini? Kenapa paksa orang ramai suka band anda? Kenapa tidak perkenalkan karya-karya anda dan biarlah orang ramai (sebaiknya orang dari dalam scene yang faham) menilai dan memilih untuk suka dengan bersebab. Jika niat dihati untuk dapat “record deal” dengan cara ‘cuba tengok berapa banyak like’, anda silap. Anda lupa untuk mempamerkan bakat anda, sebaliknya anda meraih like secara simpati. Sundal detected!
Suatu peristiwa di My Friend Station, semasa IMPIETY mempromosikan album “Paramount Evil” seorang insan (tidak pernah aku kenali sebelum itu), muncul dengan tidak semena-mena membawa sekeping cd , dia sendiri tidak kenal siapa aku akan tetapi tanpa segan silu. “Cuba hang beli cd ni, band ni main memang best gila, riff technical, vocal power. Kalau tak sedap, money back guaranteed!”. Aku bayar RM10 dan balik dengar, aku dengar sekali sehingga hari ini aku x dengar dah demo cd tersebut. Sebuah band yang tiada potensi, tipikal death metal dan biasa-biasa sahaja. Aku dapat tahu, insan yang mempromosi cd tersebut adalah penyanyi dan gitaris kumpulan tersebut. Bagus anda cuba mempromosikan produk anda sendiri dan kagum dengan hasil titik peluh anda. Mengapa perlu paksa aku beli? Mengapa janjikan wang kembali jika tidak sedap? MEMANG TAK SEDAP PUN!! Tahun lepas, aku berkesempatan melihat mereka mengadakan persembahan di sebuah gig. Ia sangat mengejutkan!! Walaupun telah 8-9 tahun berlalu, mereka masih ditahap yang sama, hanya ada beberapa lagu baru, tiada kemajuan dan tiada potensi. Sundal detected!
GATAL HENDAK MAIN GIG
Geng macam ini memang gatal. Gila hendak naik atas stage macam budak-budak gila hendak masuk program Mentor lah! Al maklum, gadis-gadis suka pemuzik, gadis-gadis bukan mahu tahu lagu apa anda main, apa benda yang anda main. Janji anda rockstar!
Kadang-kadang rasa lucu, bila melihat kumpulan-kumpulan yang hebat-hebat permainan mereka, pernah bermain diserata pelosok negeri tetapi tiada sebarang produk sendiri untuk disajikan. Asyik-asyik lagu cover. Ada sebuah kumpulan ini pula, mereka memang suka buat persembahan tetapi setiap kali buat persembahan ada sahaja yang tidak kena jika persembahan mereka jadi tahi. Setiap lagu ambik masa 10 minit untuk setting, asyik membebel salahkan peralatan dan soundman. Padahal kumpulan-kumpulan lain sebelum mereka pun mengunakan alat yang sama dan soundman dan pentas yang sama. Sundal detected!
Misi dan cita-cita utama untuk join Battle Of The Bands? Main lagu metal dalam pertandingan rasa megah, rasa samseng? Bila orang kritik mula hendak marah orang. Hey! Ini bukan zaman BLACKFIRE, NEMESIS, RUSTY BLADE laaa… muzik metal dah ada platform sendiri untuk peminat sendiri di Malaysia!
GILA FOTOGRAFI
Ini paling lumrah. Seperti yang kita bincangkan di atas. Imej, fesyen dan gaya adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan dalam gimik metal. Samada kumpulan itu telah popular atau baru hendak bertapak, imej perlu digilap sama seperti muzik yang dibawa. Tetapi jika foto, poster, wallpaper, promo postcard, dah mencapai beratus-ratus keping tetapi sebuah demo pun masih belum dirakam. Apa benda ini? Sundal detected!
CIPTA MITOS SENDIRI
Kadang-kadang aku pernah terserempak dalam laman sosial, seorang insan membuat ulasan kepada kumpulan atau muzik beliau sendiri!!! Lawakkan? Jika, ulasan sekadar mahu mengambarkan genre atau hala tuju muzik mereka ia adalah perkara biasa. Tetapi apabila mengulas dari segi teknikal, skill, kualiti, kehebatan, itu masuk bakul angkat sendiri. Biarlah pendengar yang menilainya wahai kawan. ..
Dalam keadaan gawat hendak popular macam-macam boleh berlaku, contohnya mulalah mencipta mitos sendiri, misalnya pernah berguru dengan John Bonham, Mille Petrozza teringin hendak join kumpulan beliau. Aku sendiri pernah terbaca sebuah bio sebuah kumpulan yang mendakwa mereka ditubuhkan pada awal 90’s di bandar tempat tinggal aku. Sedangkan kami tidak pernah mendengar sebarang kumpulan metal wujud di sini waktu itu selain Scarification dan Whaffath. Ia cubaan untuk menjadi otai, tanpa sebarang material dan bukti. Sekadar sembang bohong dan ingin dipuji.
GILA MERCHANDISES
Antara tradisi underground dan sebuah medium untuk mempromosi kumpulan-kumpulan metal atau punk adalah merchandise seperti t-shirts, patch, dan stickers. Sekarang industri fesyen mendahului muzik kerana muzik lebih spiritual dan lebih nilai seninya. Manakala fesyen hanya memerlukan minat dan wang. Tidak kira jika anda sebagai pemuzik ingin mengeluarkan jenama anda, atau pembeli yang ingin memiliki barangan jenama anda. Ia adalah kuasa membeli. Jadi bagi mereka yang mengutamakan fesyen, dan jenama, tidak hairanlah kini, album baru satu, ataupun kualiti rakaman macam ‘haram jadah’ tetapi catalog t-shirt dah bersusun dengan cetakan berwarna-warni serta harga yang menyerupai sebuah kumpulan mega dari luar negara. Sundal detected!
Apa pandangan anda?
No comments:
Post a Comment