Saya membeli cd ini semasa berada di Jakarta ketika menghadiri acara heavy metal terbesar di Asia Tenggara, Hammersonic. Cd ini dibeli sebagai kenang-kenangan memandangkan NIDJI adalah sebuah band pop terulung dari Jakarta yang ditubuhkan sejak 2002. Saya mengenali NIDJI (bermaksud ‘pelangi’) melalui lagu “Sang Mantan” yang tersohor dicorong-corong radio Malaysia (saya mengemarinya, seperti ada pula sangkutnya kisah itu dengan saya..jejejeje!) serta lagu “Heaven" dan "Shadows” yang diangkat menjadi runut bunyi siri TV Hereos.
“Let’s Play” diterbitkan pada tahun 2009, dan yang terkini NIDJI telah menghasilkan album baru pada tahun 2011 berjudul “Liberty”. Dari album ini, sebuah lagu “Liberty Victory” telah dipilih oleh gergasi bolasepak Inggeris, Manchester United FC sebagai anthem mereka. Hebatkan! Mereka juga telah membuat sebuah gig dan merakamkan sebuah klip video di stadium Old Trafford yang dimiliki oleh kelab berkenaan bersama-sama pemain-pemainnya.
Ok, kembali kepada cd “Let’s Play” ia dimulakan dengan lagu “Sang Mantan” bereti ‘bekas kekasih’ yang dirakamkan dan dinyanyikan dengan sempurna. Saya menyukai gaya vokal dan ekspresi nyanyian oleh Giring Ganesha. Malah lagu-lagu yang diciptanya lebih depressif dan menghantui berbanding lagu-lagu ciptaan Andro, Ariel, Rama dan RunD yang lebih ceria dan poppy. Seperti juga Yuna, mereka menamakan COLDPLAY dan THE KILLERS sebagai rujukan muzikal utama.
Saya menyukai NIDJI kerana Giring Ganesha melontarkan hampir semua vokalnya mentah dan tiada FX. Tidak dinafikan ada sedikit kesan bunyi reverb kecuali lagu “Let’s Play” yang mungkin perlu dimasukkan kesan bunyi pada suaranya untuk diserasikan dengan tema trance, R&B, electro, dance dalam lagu tersebut.
Saya menyukai lagu “Sang Mantan”, “Dosakah Aku” (oh.. terkesan saya dengan lagu ini), “Lost in Love” dan “Saat Yang Tepat” .
Berdasarkan nama-nama ahli NIDJI saya mengadaikan mereka bukan muslim tetapi saya tersilap kerana setiap ahlinya mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT dan junjungan nabi SAW di dalam kulit album mereka.
No comments:
Post a Comment