Thursday, September 5, 2013

PEMBATALAN LAMB OF GOD: LIVE IN KUALA LUMPUR


Suatu ketika dahulu kecoh dalam sidang menteri-menteri tentang kedatangan rockers dari Norway, MAYHEM yang terkenal dengan imej satanic dari seluruh liriknya, cat mayat nya, muzik yang kompleks dan teknikal, bingit dan celaru tanpa sedikit pun kasih sayang, kelantangan dalam menghina agama, moral dan kemanusiaan, persembahan masochist; membabitkan darah, babi, dawai, dadah, dan pemujaan. Ia kumpulan black metal seadanya. Kita mampu terima logikal kegagalan mereka untuk membuat pihak berkuasa menerima kehadiran mereka dengan minda yang terbuka. Faktanya, MAYHEM turut gagal memasuki beberapa negara lain kerana impak negatif yang mereka bawa. Tetapi itu adalah black metal. Tiada penerimaan umum, bererti mereka berjaya membawa muzik mereka sebaiknya. Dan pengiktirafan paling berharga, muzik mereka dianggap BERBAHAYA!

LAMB OF GOD. Saya bukan peminat mereka, malah saya tiada langsung material dari mereka. Sekadar mendengar dari youtube. Mempopularkan terma American Metal, pada mulanya saya ingat mereka kumpulan Nu Metal, tafsiran ini disangkal oleh beberapa orang sahabat yang meminati mereka, mengatakan Lamb Of God membawa genre Deathcore. Maksudnya tiada elemen ‘gedik’ sangat di dalam muzik mereka seperti apa yang popular dalam scene metal Amerika Syarikat kini. Iaitu sulaman nyanyian ala WESTLIFE. Berbaju metal ektrim saiz S nampak pusat dan bontot, kadang-kadang kelihatan seperti skaters, mempunyai nama band 3 atau 4 serangkai ( contohnya; MAT PARANG TUMPUL), dan sebagainya yang anda lebih arif. 


Lamb of God bagi saya sebuah band yang okay, daya tarikan utama semestinya pada paddle drum yang berdansa sini sana, acuan riffing yang dipelopori oleh dewa-dewa dari Sweden, serta nyanyian gaya death metal bercampur hardcore. Imej? Bagi saya. Lamb of God tampil dengan gaya remaja yang sportive dan relax. Konsep? Memberontak. Mungkin ada satanic dan anti agama? Tetapi sangat tersembunyi dan ianya kelihatan biasa dan komersil dan cheesy bagi metalheads seperti kami. Malah Lamb of God kelihatan sangat jinak dan santai.

Saya tersenyum sendirian bila melihat Amir Amsa Alla Pitchay dan rakan-rakan di dalam akbar Utusan Malaysia memprotes kehadiran Lamb of God dan mengusulkannya kepada menteri bertanggungjawab, JAKIM dan pertubuhan Kristian yang bersependapat dalam hal ini. Tidak usahlah saya ulaskan disini apa kesan bahaya bencana menurut Pitchay jika membenarkan Lamb of God bermain di Kuala Lumpur atau niat beliau dalam membela akidah dan kesucian akhlak remaja di ibu kota. Apa yang saya nampak dalam kes Lamb of God hanya seperti ini;

Sebuah kumpulan muzik bising dan hanya digemari oleh sekelompok manusia terutamanya remaja. Jika ia sebuah kumpulan pop atau r&B atau lain-lain genre muzik yang lebih environmental atau radio-friendly akan melibatkan lebih ramai orang walaupun artis berkenaan satanic dari segi mesej atau jati dirinya. Pasti ia sukar untuk digangu gugat. 

Cun betoi Juliana Evans and the gang - sekadar gambar hiasan

Ia langsung tidak ada kena mengena dengan Islam atau tidak Islam yang mendengarnya. Jadi memilih untuk menyerang dan mengambil kesempatan pada gig Lamb of God lebih praktikal. Anda akan dilihat ‘peka’ dalam soal akidah oleh masyarakat, jabatan-jabatan tertentu akan dikatakan menjalankan tugas sewajarnya, dan penguatkuasaan undang-undang dianggap masih berfungsi. Lamb of God yang sedia kambing dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kes ini. Siapa yang mahu membela peminat mereka? Berapa banyak sangat pengaruh Lamb of God di Malaysia? Dan berapa banyak sangat keuntungan yang mereka boleh jana jika dibenarkan bermain di sini? Saya pasti jika Lamb of God juga boleh memberi keuntungan besar pada Malaysia pasti mereka juga diangkat sebagai salah satu agen program Visit Malaysia seperti Metallica yang beraksi dengan jayanya beberapa minggu lepas di Kuala Lumpur.

Sebenarnya mereka-mereka ini tidak buta tetapi membutakan mata mereka pada lebih banyak perkara yang ‘dihalalkan’ dan beroperasi setiap hari tanpa ada protes dan bantahan. Kelab-kelab malam, pub-pub, premis-premis arak, rumah urut, karaoke yang menjadi hub maksiat dan keruntuhan moral remaja. Langsung tiada usaha untuk mencegah kepada kepesatan dan pertumbuhan agen anti-agama berkenaan. Kenapa? Kerana anak-anak mereka sendiri terjebak, atau mereka sendiri selesa dengan muzik tekno, pakaian-pakaian zaman batu, mana mungkin mereka mampu ganggu anak menteri-menteri, anak ustad-ustad, paderi-paderi, anak YB-YB, Dato’ dan selebriti di situ! Beroperasilah 360 hari setahun, bogel la disitu, menarilah sampai koma, kononnya itu kemajuan bukan untuk Islam dan tidak mencalar akidah bangsa. 


Lamb of God akan bermain untuk 2 jam, dengan kehadiran dalam lingkungan 1000 orang remaja tidak kira muslim atau tidak, dengan tempat yang diawasi oleh unit khas dan polis serta berpermit. Ini ancaman besar untuk negara? Ini kumpulan yang berbahaya dari Rihanna, Inul, Loudness, Katy Perry, Psy, Pitbull dan K-Pop? Come on lah!! Psy manada agama! Haha!

Saya membaca satu komen mengenai isu ini dari seorang gadis berbangsa Cina dan seorang Athiest, kata beliau tindakan yang diambil terhadap Lamb of God ini jelas menunjukan sesuatu yang pincang di pihak NGO, kabinet malah JAKIM dan badan-badan Kristian sendiri yang sebelum ini berseteru dalam banyak hal melibatkan akidah masing-masing. Tidak seperti PAS yang konsisten membantah apa sahaja kumpulan rock dan metal yang ektrim termasuk Metallica sebelum ini.

Tepat kata gadis itu.


REAKSI DARI LAMB OF GOD

As widely reported, Lamb of God’s concert in Kuala Lumpur, Malaysia scheduled for September 28th has been cancelled by the government who refused to issue a permit for the show even though the concert had been on sale and had sold over 1500 tickets. It is very evident (and a bit frustrating) that the groups, parties and powers that have taken the most offense to our music and lyrics, have themselves only made a passing glance at the content and meanings of those songs. We would invite anyone offended by our music to engage in a discussion regarding the true motivations behind our work, especially before publicly slandering us based on assumptions and shallow misinterpretation. We sincerely apologize to our amazing fans in Malaysia for the cancellation. Many thanks to all who have spoken out in support of us through this. We will still be playing the shows scheduled in New Zealand, Australia, and Thailand. - Mark

Jemput makan lamb chop!

No comments:

Post a Comment