EP ini dirakamkan dan dikeluarkan sejurus ATOMICDEATH pulang dengan jayanya dari siri gig jelajah Eropah. Kerja-kerja rakaman telah dilakukan oleh Bullet disebuah studio yang semakin popular oleh pemuzik ektrim metal buat ketika ini, Kerbau Studio yang terletak di Bangsar. Ia terbitkan oleh sebuah label dari bandar Shah Alam yang dikuasai mereka dengan kualiti bunyi dan pakej yang menarik serta harus dipuji.
Muka satu menampilkan lagu “Till the Violence End” dan Muka Dua dengan lagu “Hell Reign on Earth” yang digarap dengan riff-riff yang bagus serta peningkatan dalam kelajuan. Bagi sesiapa yang telah biasa dengan produk Atomicdeath, EP ini harus dimiliki anda. Tiada perubahan drastik pada mana-mana bahagian atau falsafah. Mereka mungkin tiada ketulenan. Tetapi apa yang mereka lakukan menarik dan yang paling penting, formula mereka MENJADI.
Bagi pentaksub Teutonic thrash metal. Jangan leka, kerana EP ini hanya dikeluarkan dalam jumlah 200 keping sahaja!! Saya juga ingin memuji lukisan Radzus untuk ini yang sangat menepati konsep muzik Atomicdeath. Produk ini lengkap dengan lirik dan maklumat tambahan.
Atomicdeath, PO BOX 7126, 40704 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Facebook Nexro Records
No comments:
Post a Comment