Saya memang kepingin untuk membeli CD sulung Grinder lagenda negeri dibawah bayu ini setelah mereka kembali menganas. Terkejut saya apabila mereka sudi menghadiahkan CD ini kepada Faithcraft. Saya sangat-sangat berterima kasih dan kelam-kabut jadinya, demi mencari ruang dan masa untuk mendengar album berprofil tinggi ini. Mana tidaknya, PERPETUAL sudah 18 tahun di dalam arena muzik underground Malaysia, mempunyai rangkaian demo, split tape serta peminat yang tersendiri. Mereka tidak pernah lari dari konsep asal penubuhan. Tetap kental dan gigih. Walaupun hanya kini mereka berjaya menerbitkan album secara professional. Ia masih belum terlewat!
CD ini dimulakan dengan sampling mengenai berita pencerobohan di Lahad Datu ( apa punya penyampai berita?, Jamalul Kiram disebutnya Jamalul ‘Qoran’?!), tetapi kisah ini amat tetap, relevan dan terus mengegarkan sistem audio saya dengan tema lirik dan kisaran muzik mereka. Siapa lagi yang lebih sesuai untuk bercerita tentang perjuangan mempertahankan tanahair sendiri selain orang Sabah sendiri? Dan mereka berjaya membawanya dengan hebat.
Jujur saya katakan disini, adrenalin saya hanya mula mendidih apabila bermulanya lagu ke-4 “Deadworld”, disambung dengan “New World Destroyer”, “Insanity of War”, “Disversus Suspicio”, “Dominator”, “Protector of the Truth”, dan “Life Disorder”. Ketujuh-tujuh lagu ini memang berapi dan padat dengan struktur dinamik yang groovy dan blasting. PERPETUAL bukanlah sebuah death/grind yang teknikal dan moden. Tetapi mereka pemuzik berpengalaman yang mampu menyusun muzik dengan baik dan mengolah riff-riff agar tidak membosankan pendengaran dari satu ke satu lagu. Begitu juga pukulan dram Zull yang berjaya menjadikan PERPETUAL kekal dengan jatidiri mereka iaitu elemen grindcore mendahului death metal. Manakala gaya nyanyian Pijal memang hebat, saya tidak berbohong. Ia kedengaran persis seperti seorang hero dari Kanada, Encik Maurizio.
“Grind Your Mind” dirakam di Chromatic Studio, Sandakan dan kerja-kerja adunan dan mastering dilakukan oleh saudara Es Chromatic yang turut menyumbangkan solo gitarnya pada lagu “The Downfall of Humankind”. Saya puji hasil kerjanya dan bertepatan dengan gaya muzik mereka. Begitu juga kerja grafik untuk kulit depan CD ini yang dibuat oleh Irwan, Ironworx Gravefix. Walaupun design sebegini overrated dan overused oleh kumpulan-kumpulan grindcore. Ilustrasi kulit “Grind Your Mind” ini bertepatan dengan tema lirik mereka. (hanya NASUM berjaya melakukan kelainan dan pembaharuan dalam seni grafik grindcore buat masa ini).
Dapatkan CD ini dengan hanya RM25 (kos termasuk penghantaran). Sokong industri muzik berat tempatan!
Email: zamodox@gmail.com
Tel: 013-8724406
No comments:
Post a Comment