Nama BURGERKILL telah jadi lagenda sejak zaman zine fotostat lagi, kena keunikan nama hasil dari ‘memperli’ restoran makanan segera BURGER KING dan keaktifan mereka dalam dunia muzik bawah tanah. Mereka bukan nama asing di Malaysia, malah pada tahun 1999 label indie Malaysia, Anak Liar Records yang mencungkil bakat mereka dan menerbitkan album split 3 ways untuk mereka bersama band Malaysia dan Perancis sebelum mereka merakamkan album sulung “Dua Sisi”.
BURGERKILL kehilangan vokalis asal mereka, Ivan Scumbang yang telah meninggal dunia dan digantikan dengan Vicky yang tidak kurang hebatnya. Album ini diterbitkan pada Jun 2011 di Indonesia dan pada Julai 2011 di Malaysia. Peliknya, saya tidak pernah jumpa digipak ini dimana-mana kedai muzik di sini?! Semasa mempromosikan album ini melalui konsert "Venomous Alive" di Siliwangi Stadium, Bandung (tempat kelahiran dan markas BURGERKILL) direkodkan seramai 10 000 peminat telah hadir memberikan sokongan padu!
Saya bukanlah seorang yang bijak untuk mengulas apatah lagi menilai karya ‘core’. Tetapi apa yang saya fahami, muzik seperti BURGERKILL ini digelar sebagai ‘deathcore’, kerana lebih banyak elemen teknikal death metal nya tetapi tidak melupai pengaruh hardcore itu sendiri. Itu yang saya setuju dan faham.
Memang benar karya-karya mereka sangat pada pada kejituan masa dan kesempurnaan struktur, mereka sangat dinamik menyimpul riff-riff dan blast beats yangtidak terikat dengan tipu helah studio sebaliknya turut dibuktikan dalam persembahan langsung. Saya sendiri menyaksikan kehebatan mereka didepan mata. Band-band Amerika Syarikat pun bingung melihat bagaimana mereka boleh jadi sebegitu teknikal dan ‘menangkap’ seperti apa yang telah dilakukan oleh GOJIRA, DEVIN TOWNSEND, LAMB OF GOD, SLAYER dan KILL SWITCH ENGAGE. Ia moden dan metal alaf baru. Mungkin ada yang membenci tetapi mereka peduli apa pandangan anda?! BURGERKILL telah membuka mata dunia.

Mereka telah membawa pulang ke Indonesia anugerah dari majalah muzik berat terkemuka dunia, METAL HAMMER (UK) untuk kategori ‘Metal Hammer Golden Gods Awards 2013: Metal as Fuck” mengalahkan beberapa pencalonan bertaraf antarabangsa lain. Malah majalah tersebut meletakan karya BURGERKILL setanding dengan MORBID ANGEL, OBITUARY, SEPULTURA dan KILLSWITCH ENGAGE.
Kadang-kadang saya aneh tetapi agak bangga melihat bagaimana pemuzik metal muslim yang banyak menyelar keangkuhan dunia Barat ini akhirnya diangkat oleh Barat sendiri sebagai antara yang terhebat mereka pernah tahu dari dunia Timur ini. Kamu hebat BURGERKILL, THE SMOKIN’ METAL ENGINE!
Revolt Music Management, Jl Gemuruh No. 171 Turangga, Bandung 40275, Jawa Barat, Indonesia Email: management@burgerkill.com

No comments:
Post a Comment