Monday, June 2, 2014

BLACK SEED “Thrash Till Death” (KIMAR RECORDS) –MALAYSIA


Kimar Records adalah sebuah label paling aktif dari Sabah yang menumpukan keringat mereka untuk memartabatkan muzik thrash metal tempatan. Virus thrash metal semakin hari semakin membiak tanpa dapat dikawal oleh pihak berkuasa biarpun Jabatan Kesihatan Malaysia. Namun kebanyakan kumpulan-kumpulan di Malaysia lebih selesa dengan stail old school walaupun kebanyakan negara-negara luar telah mula mengadaptasikan sub-genre lain dalam muzik mereka yang dikenali sebagai Neo Thrash Metal agar kedengaran lebih agressif dan segar.

Saya sebenarnya pernah mendengar suara-suara yang berbisik mengenai potensi yang ada pada kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2009 di Sungai Udang, Melaka ini tetapi mengabaikan sahaja berita itu. Ini kerana semakin banyak kumpulan-kumpulan thrash metal yang lahir dengan muzik yang biasa-biasa sahaja. Rupanya, BLACK SEED dari tanah pahlawan agung ini benar-benar berpotensi dan boleh pergi lebih jauh lagi jika mereka kerja keras.

Demo kaset ini diterbitkan secara professional sebanyak 200 keping, dan saya punya bernombor 187. Dirakamkan pada April tahun 2013 di Adam Music Studio, Melaka, boleh saya katakan kualiti rakaman mereka agak baik walaupun agak sebu, namun sesuai dengan konsep lagu-lagu mereka.

Terdapat 4 lagu di sini, bermula dengan “Destroyed ‘em All” yang kuat dengan pengaruh DESTRUCTION bukan sahaja pada vokal malah keseluruhan struktur, kemudian di susuli dengan “United for Thrash” yang lebih banyak susunan dan agak teknikal walaupun dalam aturan mid tempo. Lagu ke-3, “Blood Nation” agak kendur tetapi masih didalam radius speed dan thrash metal purba. Kemudian disusuli dengan lagu kegemaran saya walaupun tiada ketulenan, saya gemari olahan mereka membawakan lagu “Headbangers”, sayang sekali ia hanya lagu saduran dari kumpulan BATTALION. BLACK SEED banyak mengunakan riff down strokes, pemain dram mereka turut pandai mengolah lagu-lagu, manakala saya lebih suka apabila Amy mengubah tone suaranya dalam lagu cover “Headbangers” yang kedengaran lebih serak dan macho. Jika anda dapat membayangi bagaimana kecohnya muzik DESTRUCTION, METALLICA, ANTHRAX, di zaman remaja mereka sebelum ke studio professional. Inilah dia!!

Beri BLACK SEED sedikit masa untuk berekperimen dan membesar dengan dos-dos yang sesuai. Pasti mereka akan datang dengan muzik yang lebih berkualiti dan menyengat. Hubungi mereka:

Black Seed, No.26 Jalan TP 17A, Taman Terendak Permai, 76300 Sungai Udang, Melaka
Email: megat_satriany@yahoo.com

* Kaset ini boleh di dapati dari Faithcraft Prod dengan harga RM15 (termasuk pos) 

No comments:

Post a Comment