Semasa saya bermukim di Setapak, KL pada 2005-2009. Shammir, pemilik Basement Records memberikan kepada saya dua demo kaset (MUTILATION ini dan INFECTIOUS MAGGOTS “Infectious” ) untuk saya ubah ke fail wave. Perancangan beliau adalah untuk menerbitkan semula dua demo berhantu berkenaan dalam format professional mini cd seperti yang telah beliau hasilkan mengunakan rakaman live BLACKFIRE di Semua House tahun 1988. Mungkin anda ada membeli CD keluaran Rhapsodeath Prod tersebut? Benar. Itu juga projek Shammir yang gemarkan produk-produk UG old school.
Kumpulan death metal dari Setapak, KL ini ditubuhkan pada tahun 1990. Mereka merupakan antara pelopor genre death metal terawal di Asia Tenggara sebaya BRAIN DEAD, SIL KHANNAZ (bersama Shidi), SUFFOCATION (M’sia), SILENT DEATH, ABHORER dan BEHEADED NASRANI. Tidak keterlaluan jika saya kata MUTILATION setanding dengan kumpulan-kumpulan death metal yang kini lagenda yang ketika itu turut merakamkan demo-demo kaset mereka yang agung seperti PUNGENT STENCH, HYPOCRISY, DARKTHRONE, IMMOLATION, CANNIBAL CORPSE, TORTURER dan banyak lagi. Tahun 1988 hingga 1992 boleh dikatakan tahun emas bagi kelahiran demo-demo dan album-album death metal yang tiada tolok bandingnya hingga kini. Sayang sekali, walaupun sempat beraksi dalam gig dan menunjukan kesungguhan berkarya, MUTILATION gagal merakamkan album sulung dan terus berkubur dengan demo sulung ini sahaja.
kulit kaset asli "Massacre on Bodies" |
Kaset ini dihasilkan tanpa menjejaskan keasliannya. Maksudnya, lukisan dan artwork yang anda lihat itu adalah sepertimana asal, kualiti lagu ( saya tidak pasti saya ada Shammir mengunakan lagu-lagu yang telah menjalani proses mastering oleh saya atau tidak?!), ucapan terima kasih, malah alamat Oji (gitar & vokal) turut dicetak pada kertas putih bak demo asal. Bezanya kali ini terdapat logo Basement Records dan kasetnya berpelekat cantik.
EH! ada lagi rupanya fail mastering lagu-lagu Mutilation dalam cakera keras Faithcraft Studio |
Saya sukakan keenam-enam lagu di dalam “Massacre on Bodies”. Ia kejam, laju, grinding, keji dan jijik yang hampir semuanya bertemakan mayat. Pertama umpamanya di Malaya. Mungkin mereka adalah bapa Brutal Death Metal dan Goregrind Malaysia? Siapa setuju?
Peminat muzik lasak yang bercerita tentang mayat, penyakit kronik dan perihal jijik. Belajar dahulu dari yang pakar. Walaupun terdapat lebih dari 10 kumpulan mengunakan nama MUTILATION di seluruh dunia. Anda perlu ingat nama Oji, Wan dan Lopong. Mereka menulis dan merakamkan demo hebat berjudul “Masscare on Bodies” sebagai khazanah muzik lasak Malaysia.
No comments:
Post a Comment