Thursday, October 2, 2014

BLOOD LEGION “Dawn of the Pariahs” –MALAYSIA


Saya namakan produk ini sebagai professional demo tape. Apa salahnya kan? Demo tape yang hebat. Mereka memang celaka, tajuk pun dah kontroversi dan ‘rebel’ apatah lagi muzik mereka yang telah maju bukan setapak tetapi beberapa tapak ke hadapan. Saya bangga apabila teringat suatu ketika dahulu Jaideep (gitaris) penah menuntut ‘ilmu hitam’ pada saya, jika tidak pasti beliau akan menuju kehancuran bersama Nu Metal. Hahaha! Saya bangga dengan bawaan death metal mereka sangat traditional dan keji seperti yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang mendakwa pemuzik death metal sejati.

Rakaman mereka sempurna terutamanya bunyian dram oleh “Wicker” Chris yang meletup-letup, walaupun kebanyakannya dalam mid-tempo tetapi fill in yang beliau lakukan sangat bersesuaian dan teknikal. Mungkin pukulan beliau antara penyebab muzik BLOOD LEGION menjadi lebih dinamik dan jitu. Pemansuhan blast-beat langsung tidak memudaratkan muzik mereka! Saya perlu puji nyanyian “Grizzly” Shan yang lebih matang dan jahat kali ini, kemahiran Jaideep dalam mengawal tona, membentuk solo gitar dan susunan riffs adalah di tahap yang terbaik, begitu juga Pathman yang saya kaji begitu kental mempertahankan bentuk tona bass beliau sejak rakaman promo sebelum ini. Pathman dan Jaideep telah menemui bunyi personal mereka. Atau mungkin juga kerja-kerja adunan Raffique Hashim di Villange Roof Studios lebih berbisa dan kemas pada kali ini.

Saya menyukai semua lagu-lagu di dalam kaset ini termasuk lagu saduran sebagai penghormatan kepada bapa death metal dari Florida, DEATH yang berjudul “Zombie Ritual”.

Kaset ini diterbitkan oleh Blood Legion sendiri dalam kuantiti yang terhad. Sila dapatkan sebelum terlambat. One of the best local products for this year!! Give your supports pariah!

Mereka dah bersedia untuk album penuh!! 

No comments:

Post a Comment