Thursday, October 2, 2014

DOSA “100 Tracks Mini Discography” (RAUNG REC / ROOTS ACTIVE PROD) – MALAYSIA


DOSA merupakan kumpulan noise/crusty pertama dari Kangar yang membawa maksud DEATH ON SYSTEMATIC ABUSED, tetapi rakan kami, Azahari pemilik butik KAKI BUNDLE sering mengelar mereka DOSA MALAM PENGANTIN, membuatkan saya pun sering teringat gelaran tersebut dari makna asal mereka. Yusmadi (guitaris), saya, Badril, Anuar Kechik, Ciwi, Nizam BLACK PRIEST kami merupakan satu circle pada awal tahun 2000 dahulu. Bukan satanic circle, tetapi circle buruh yang kasar yang minat muzik lasak. Saya suka mangimbau kembali zaman itu, kami walaupun dari berbagai-bagai latarbelakang subgenre muzik bawah tanah sentiasa bersama, siang dan malam. Saya berkerja di Kilang Gula Felda Chuping, Yusmadi berkerja jual nasi kandar dan plumber bersama Nizam BLACK PRIEST, balik kerja kami jogging atau main bola sepak, malam kami jamming (dari lagu punk hingga ke black metal) dan minum di kedai kegemaran kami. Manakala setiap hari minggu Yusmadi akan bermalam di housing Kilang Gula menonton filem hantu 80-an dan main masak-masak. Haha! Kami benar-benar buruh yang menanti masa untuk ‘luruh’ ketika itu.

Kembali pada kaset ini, ia diterbitkan atas kerjasama label Raung milik Yusmadi dan Root Active dari Thailand dan kerja-kerja pengilangan kaset ini semestinya dilakukan di Taman Maluri, kerana difahamkan merekalah satu-satunya pengilang kaset yang agung dan tunggal di Asia Tenggara ketika ini. Kaset ini adalah himpunan diskografi mini material-material dari DOSA, bayangkan ini baru mini. Kalau diskografi penuh?! Ha! Lagu-lagu di dalam ini dipetik dari 6 split mereka diantara band-band noise seantero dunia. Penah anda memiliki sebuah kaset dengan 100 lagu di dalamnya? Kalau saya. Inilah pertama kalinya.

Tetapi jangan bimbang, setiap lagu-lagunya mempunyai durasi yang kebanyakan tidak mencecah 2 minit. Kualiti rakaman amatur dan kebanyakan dipetik dari rehearsal mereka, itulah attitude mereka. Bagi mereka yang kurang mengetahui akan genre ini, noise/crust lebih rapat kendiri mereka kepada aliran punk, yang mana attitude mereka mendahului muzik. Jadi jika anda pendengar yang ingin menilai skill dan teknikal sesebuah lagu, diharamkan mendengar muzik noisecore. Kitaran muzik mereka hampir serupa, apa yang penting anda lihat setiap tajuk lagu mereka. Kerana itulah intipati yang mereka cuba sampaikan, bunyi-bunyian itu hanyalah luahan emosi.

Jika anda tanya saya, adakah saya mengemari genre sebegini? Jujur saya katakan, saya kurang meminatinya. Tetapi saya menghormatinya. Bagi saya noise/crust tetap saya diiktiraf sebagai seni sebagaimana anda mengiktiraf lukisan-lukisan abstrak yang kelihatan bak contengan bagi seseorang tetapi bagi seseorang yang lain, ia dilihat mempunyai nilai dan aspirasi.

Saya bangga melihat mereka tetapi bertahan dengan jati diri mereka dan talian persahabatan mereka yang kuat. Tiba-tiba saya teringat akan sebuah kumpulan yang mengetengahkan idea yang hampir serupa dari Kedah bernama HUMILIATED GRAPES. Masih wujudkah band tersebut? Band-band sebegini mempunyai deria yang sensitif terhadap permasalahan sosial, politik, seksual yang mereka olah dengan unsur humor sepenuhnya.

RAUNG RECORDS
ROOT ACTIVE PRODUCTIONS

No comments:

Post a Comment