Ketika berbual dengan Masumi aka Dr. Gila aka Dr. Maniaxe di malam hari raya Aidilfitri di ‘Kangaxe’ dua tahun yang lalu, beliau menceritakan kepada saya pahit getih untuk bertahan bersama GORESLUTS disebabkan masalah ahli kumpulan. Nampaknya, beliau betul-betul dedikasi untuk memperkasakan GORESLUTS dengan rangkaian ahli-ahli baru kecuali Panjang 69. Seterusnya merakamkan album penuh berdimensi baru, berjudul “Divisi Panji Merah” yang kedengaran ada tempias dari negara pentadbiran ‘Jokowi’.
Ada tiga beberapa fakta yang saya suka sebut disini dan perlu anda ambil perhatian jika anda pendengar baru atau lama mereka.
Pertama; sebelum ini, GORESLUTS membawakan subgenre pornogrind yang kurang diketengahkan oleh pemuzik lasak tempatan tetapi mereka hanyalah sebuah band tipikal dari aliran tersebut. Maknanya jika anda dengar dari mana pelosok dunia sekali pun subgenre ini. Muzik mereka stereotype, hampir sama kecuali kualiti rakaman sahaja yang membezakannya. Tetapi saya agak terkejut kali ini, dan saya beri tabik hormat kepada Dr. Maniaxe kerana berani memecahkan sempadan itu. Mungkin bagi pendengar konservatif goregrind atau peminat lama mereka akan berasa kurang selesa. Namun, bagi saya ia sesuatu yang segar dan harus ada dalam produk-produk tempatan jika mahu bersaing dan terus maju. Bagi saya ia adalah langkah progressif. Mungkin juga tempias kelahiran semula lagenda CARCASS, GORESLUTS telah berevolusi dengan gitar solo bermelodi dan harmoni, lagu pertama “Glorified” memberikan kejutan tersebut dan ia turut menyusul dalam lagu-lagu seterusnya. Lagu terakhir “Coretan Sundal Ngeri” adalah heavy metal jika ditolak jeritan-jeritan ngeri dari Mann Maggots. Kenapa tidak!? Biasalah kini sudah banyak heavy metal moden di USA yang ada bahagian-bahagian blastbeats sekarang ini. Tetapi apa yang paling ketara, gaya penulisan Dr. Maniaxe semakin matang dari album “Cumshot Kamikaze” dengan begitu banyak pengaruh dari neo thrash metal, terutama aspek groove di merata-rata cerok vagina. Dalam album ini GORESLUTS meminimalkan permainan fast picking, shredding dan blasbeats digantikan dengan fill-in dram yang sesuai dan groove yang bijak. Begitu juga gaya nyanyian growls dikurangkan sebaliknya didominasi oleh jeritan berdistorsi perisis black metal. Gabungan-gabungan ini yang membuatkan mereka lain dari yang lain. Ambil MUNICIPAL WASTE, CARCASS, IRON MAIDEN, PANTERA dan SLAYER. adunkan bersama goregrind tradisional terutama pada tema berdarah dan mayat. Mungkin anda dapat gambaran GORESLUTS 2014.
Kedua: Saya heran bagaimana Masumi masih boleh berkerjasama dengan illustrator UG dari Kelantan, saudara Po’G yang tersohor pada era pertengahan 90-an. Po’G juga banyak menyumbangkan karya-karya beliau kepada saya ketika Kemenyan Fanzine masih aktif. (Mie, kirim salam kat Po’G). Dan GORELUTS adalah satu-satunya kumpulan yang kekal dengan lukisan ngeri berpaksikan anime. Ya, Po’G memang terkenal dengan jari-jemari Jepun dari dulu. Manakala tompakan darah merata-rata tu dah kira tanda aras dalam setiap rekaletak kulit CD GORESLUTS.
Ketiga: Akhirnya mereka berjaya bernaung dibawah label yang benar-benar menghargai dan bekerja keras dalam memartabatkan subgenre ini, Grundar Production dari Johor. Jadi Dr. Maniaxe tidak perlu lagi kalut dengan kerja-kerja promosi dan produksi seperti sebelum ini yang semuanya dibawah bahunya. Pakej yang diberikan oleh pihak Grundar sangat menarik, cetakan kulit CD berwarna 8 muka, poster gergasi, flyers, tshirts dan promosi yang dijalankan secara professional. (Terima kasih Prop untuk CD ini).
Keempat: GORESLUTS kini beralih kepada Kerbauworks Studio yang kedengaran lebih memahami karya-karya mereka dan merombak akar umbi muzik mereka ke arah yang lebih segar. Tiada apa yang dapat saya kritik dalam kerja rakaman dan adunan oleh Tom Kerbauworks. Mungkin, GORESLUTS juga begitu. Beberapa solo guitar dan tambahan jeritan turut dilakukan oleh bekas ahli GORESLUTS, Timi sebagai jemputan khas untuk album ini. Begitu juga sampling-sampling filem porno dan gory disunting mengikut keperluan sahaja, bukan elemen utama seperti sebelum ini. Jadi family man dah boleh dengar CD ini dalam kereta bersama anak bini tanpa saling berpandangan lagi.
Kelima: Saya tidak pasti kumpulan muzik lasak yang lain. Tetapi teraju utama, komposer, perunding imej dan hala tuju konsep serta taukey GORESLUTS adalah pemain bass. Kepada groupies, tiduri beliau ok!
No comments:
Post a Comment