" I understand Malaysia is Islamic country... do you know all this war and suffering in this world today happened because of religions? Well, today let's fuck religion on and on..
Turut membawakan lagu "The Kill" yang boleh dimainkan oleh sesiapa aja.. huhu
NAPALM DEATH pernah jadi wira kami semua di zaman sekolah menengah, mana tidaknya mereka telah mencipta satu genre muzik ganas terbaru iaitu grindcore. Teringat masa tu ada yang sebut genre ini ‘greencore’, ya lah pakat-pakat tak pandai bahasa Inggeris zaman tu.
Suatu ketika saya pernah terserempak seorang rakan pemuzik rock veteran di Perlis hanya beberapa tahun lalu, dari kumpulan glam rock (identiti dirahsiakan utk mengelak cacian..hehe) yang dah rakam 2 album pun, dia bercadang nak tubuh satu kumpulan underground katanya. Mahu cari ahli (mau umpan laa tu, tapi saya hanya senyum tanpa sebarang maklumbalas) dan katanya ingin buat kumpulan yang ganas, sebab dulu kami memang main muzik ‘greencore’. Syabas, terkeluarnya perkataan itu, automatik dia memang layak digelar old timer. Yerp.. banyak kami sebut greencore dulu, hingga beberapa ketika barulah tahu ia sebenarnya ‘GRIND’. Lawak kan?
Saya atau boleh saya kata, sesiapun rakan-rakan yang sebaya sangat familiar dengan album “Scum” hingga “Diatribes”. Malah saya menonton kedua-dua show ‘sold out’ mereka di Live Center, KL ketika mereka bersama dan tanpa mendiang Jesse Pintado.
Baru-baru ini telah jadi viral dikalangan metalheads apabila Barney menghantar satu surat terbuka kepada Presiden Indonesia, Jokowi untuk mempengaruhi keputusan mahkamah supaya meringankan hukuman mati kepada dua orang warga Australia yang teribat dalam pengedaran dadah. Bagi Barney, Jokowi sebagai peminat kumpulannya akan tunduk pada saranannya dan mungkin memberi satu senario baru kepada perundangan Indonesia. NAPALM DEATH bagi yang tidak tahu, adalah sebuah kumpulan politikal yang memperjuangkan hak asasi, kesaksamaan manusia dan anti-penindasan. Kononnyalah.
“Dear Mr. Widodo,
“I am appealing directly to you to please spare the lives of Andrew Chan and Myuran Sukumaran, the two Australian citizens who are currently awaiting the death sentence in Indonesia for heroin smuggling. As a follower of our band Napalm Death, you would appreciate that our lyrics and ethos challenge the unbroken cycle of violence in the world, whether it comes from a state or as an individual. If these things are not challenged and ultimately changed, I believe we will never truly move forward as humankind.
“I understand that you are standing as a leader determined to change things for the better, and so I believe granting clemency would be a major step forward in this pursuit of betterment. I appreciate that heroin can be damaging on many levels, but I believe that this is a much deeper issue that cannot be changed or altered by simply taking away the lives of people.
“Again, I respectfully ask that you make a real difference and overturn these sentences.
“In hope and peace
“Mark ‘Barney’ Greenway (Napalm Death)”
Bagi anda adakah layak Barney menyarankan pendapatnya dalam urusan pentadbiran negara yang sedang dalam kegawatan ekonomi dan mengunakan solusi hukuman berat sebagai ancaman kepada pengedar dadah supaya masyarakatnya dan belia-belia tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah? Adakah aktiviti rasuah dikalangan penguasa kerajaan yang perlu ditangani terlebih dahulu? Apa pendapat anda dalam hal ini?
Pada 1hb September 2007, saya sempat melihat persembahan NAPLAM DEATH buat kali keduanya di KL untuk beberapa minit. Walaupun tidak sehebat kali pertama dahulu, ia agak meriah. Saya meninggalkan Live Center selepas beberapa lagu. Rasanya tiada apa yang menarik tentang mereka lagi, malah rasanya mereka bercakap tak serupa bikin. Mahu dihormati tetapi tidak mahu menghormati orang lain. Bagi saya Barney Greenway talks too much bullshit now.
Bila teringat apa yang Digby Pearson kata pada penyanyi yang diangkat sebagai salah seorang ketua paling berkarisma bagi band metal tahun 2014 ini. Kadang-kadang mungkin juga berasas, jika tidak masakan Digby cukup benci Barney. Kata Digby ( terjemahan loghat utara, padan muka hangpa!);
"Aku tak pernah rasa saat manis pun dengan penyanyi Napalm Death, Mark “Barney” Greenway ni. Kami duk sokong dia dan band dia lebih sedekad dah, melabur berkarung duit hok kami cari dengan linangan air mata demi karier dia. Tapi mangkok ni bukan sedaq tu semua, sebab pengurus dia Mark Walmesley yang urus tadbir semua hal bagi dia. Aku rasa, termasuklah keperluan kewangan harian dia. ( Amboi, penyanyi underground, anti kapitalis konon, - Penulis). Masalah hok paling utama, Barney bukan pun terlibat dalam 2 album pertama Napalm Death yang meletup-letup tu, jadi dia terlepas peluang rasa syok gila apabila sebuah band baru dan syarikat baru muncoi naik dari gelap bawah tanah. Dia takda rasa sikit punya sempoi mengenai aku ataupun Earache kerana dia dijemput masuk oleh band yang telah pun berjaya mencipta nama.
Makolau nak kira, aku bukan mau sangat depa ambik dia, mulanya dia hanya krew angkut barang untuk band pi tour, kemudian dia jadi penyanyi BENIDICTION, tup-tup diangkat jadi penyanyi utama kumpulan yang terkenal, dan dipertanggungjawabkan untuk menandatangi kontrak yang tersedia ada, satu pun bukan kehendak dia. Barney tandatangani kontrak dengan Earache 2 kali pada tahun 90-an. Tetapi hangpa pakat taktau yang mereka dah hilang peminat-peminat di zaman groove-grind yang ternyata silap langkah dan terjun lubang, namun Earache tetap berkerja dibelakang tabir bagi mengelak Napalm Death daripada berpecah, dibubar atau senang aku kata sekadar idup segan mati takmau. Barney pun masa tu lompat dari Napalm Death pi masuk ENT. Masa tu dan tahun-tahun selepas itu adalah zaman menyedihkan buat Earache. Permusuhan Barney terhadap Earache memang dah kira legenda sepanjang zaman dan dendam dia pun tak pernah padam, demi hal yang karut, dalam tempoh yang tak kunjung sudah”.
Barney disekitar 2002 pun pernah bergaduh dengan BOLT THROWER. Semua orang tau. Kes mulut lancang juga. Kata Gavin “Gaz” Ward dalam Digital Metal; "Yang aku kenai budak Barney ni memang p*ki. Aku tak muhong, memang pun. Dan aku tak bermaksud nak hina Napalm, tapi aku berpendapat depa band taik ayam. “Enemy of the Music Bussiness”? Ya Tuhan ku, padahai depa ni la perniagaan muzik. (betoi jgak, mai Malaysia pun minta duk Hilton Hotel, amboi macam K-Pop aihh! – Penulis) Pendapat peribadi aku laa, aku takmau laa ulas band orang. Bagi aku buat macam tu takda kelas – band ulas band. Makin jadi haru, kami hilang hormat pada Napalm. Depa ni band poser. Secara jujurnya hanya ada BOLT THROWER dan NAPALM DEATH dari pergerakan muzik bawah tanah U.K purbakala. Pelik kan?
Setakat yang kami sedari hingga kini, NAPALM DEATH telah mati. Mungkin depa ada lagi peminat di England, tetapi di Eropah, depa dah mampuih. Aku dengar tour terakhir mereka kat sebuah kelab kecik pun hancoq”.
Barney menjawab semua tomahan Digby dan Gaz di web rasmi mereka. Apa pun saya mahu tahu apa pandangan anda mengenai hukuman mati kepada pengedah dadah? jika seorang peminat muzik metal ditakdirkan menjadi Presiden negara majmuk seperti Indonesia, perlukah dia membina sebuah dreamland kepada metalheads dengan mengabaikan suara majoriti rakyatnya?
No comments:
Post a Comment