Saturday, April 18, 2015

E-8 “Tiger is a Dog” (NWT MERC) –THAILAND



E-8 adalah sebuah kumpulan punk rock paling aktif di Selatan Thai, dan merupakan sebahagian dari gerakan muzik bawah tanah Hatyai-Songkhla. Kai, pemain bass mereka adalah rakan baik saya, dia juga pemilik NWT Shop (kedai barangan rock) dan penganjur gig-gig metal/punk disana.

Untuk demo “Tiger is a Dog” yang diterbitkan oleh mereka sendiri pada tahun 2014 ini, boleh dikatakan mereka telah berjaya menaikkan mutu rakaman serta permainan mereka ditahap yang terbaik. Ia lebih baik dari demo 2012 mereka. Bagi saya, 8 lagu yang dirakamkan dalam demo ini menepati kriteria punk rock tulen dan tradisional yang mudah ringkas dan mudah dilayan. Saya sendiri pernah melihat gig mereka dan turun ke bandaraya Hatyai meluangkan masa melihat mereka berlatih bagi mengiring 2 orang ahli SPEICHELBROISS (Punk dari Jerman) membuat persembahan parti disana dengan mengunakan nama SPICYBROISS (memainkan semua lagu-lagu SPEICHELBROISS).

Secara peribadi, saya menyukai lagu-lagu mereka yang rancak dan berpotensi untuk memecah pasaran tempatan, tetapi saya kurang yakin dengan gaya vokal mereka yang begitu lembut dan kedengaran lucu walaupun saya pasti mereka sedang mengkritik keras pemerintah Thai. Saya pasti mereka boleh pergi jauh lagi jika mampu menulis lirik dalam Inggeris, malangnya hanya Kai seorang yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Bagaimanapun mereka tetap mampu berdiri dengan sokongan remaja-remaja tempatan kerana walaupun mereka lantang menghentam kerajaan, pemuzik dari genre apa pun tidak mempunyai halangan untuk berkarya atau bermain di keramaian yang dibiayai kerajaan. Dan mereka juga tidak sunyi dari mendapat perhatian pemuzik metal serta punk dari luar kerana obsessi pemuzik dari Eropah/Amerika yang suka melancong di Thailand. Dan jalan pintas untuk mereka mendekati UG scene Thailand sambil melancong di Thailand adalah mendekati kumpulan-kumpulan seperti E-8 ini.

Jika anda berminat untuk mendengar punk rock dengan aura erotis, sila hubungi E-8. Mereka juga penah memainkan lagu-lagu saduran dari ACAB. Menarik ya?

FACEBOOK E-8

No comments:

Post a Comment