Lagenda melodic grinder Britian CARCASS telah mengeluarkan kenyataan sinis serta menterbalikan bendera kebangsaan Malaysia bagi menunjukan rasa tidak puas hati terhadap pemerintah Malaysia yang menghalang kemasukan mereka ke negara ini bagi sebuah konsert.
Ramai peminat tempatan yang berang serta mengecam tindakan CARCASS disebabkan bendera Malaysia itu mewakili ‘nation’ bukan hanya pemerintah atau kerajaan seperti yang didakwa mereka.
Bagi pendapat aku, CARCASS sebuah band yang memperjuangkan idea-idea kebebasan suara dari kongkongan agama sejak dari dahulu lagi. Jika dahulu aku ‘highlight’ kan lirikal CARCASS yang anti-Islam, ada peminat-peminat yang mendakwa CARCASS kononnya hanya menghentam Islam yang sesat? Mereka membela CARCASS dengan bermacam-macam hujah. Jika mereka faham, bagi CARCASS semua yang berkaitan Islam itu adalah sesat. Hakikatnya, semua agama adalah menindas bagi mereka, termasuklah agama warisan mereka sendiri iaitu Kristian. Jika tidak masakan pengasasnya, Jeff Walker sering mengherdik Kristian di atas pentas.
Bagi sesiapa yang telah lama bergelumang dalam dunia metal bawah tanah. Rasanya itu bukan satu kejutan. Ia kebiasaan. Jika anda melatah, itulah yang menghairankan!
Bagi aku, CARCASS sudah tidak senang dengan negara Islam sebelum pun mereka hadir membuat persembahan pertama mereka di Kuching lagi. Dan apabila mereka diharamkan untuk masuk ke Malaysia semula, ia hanya menambah lagi kebencian mereka terhadap perundangan Islam.
CARCASS hanyalah sebuah band underground metal yang berstatus lagenda dalam genre grind dan melodic death metal yang ego setelah menubuhkan semula kumpulan ini dan berjaya menembus pasaran serta permintaan pendengar muzik keras. Yang salah dan bodohnya bila ada mereka yang asyik mengikut selera orang lain untuk menjadi sebahagian fesyen.
Sedar-sedarlah. Dan cuba jadi pendengar bijak dan ada maruah sikit bro.
Rujuk berita CARCASS disini
Oleh: Rammy Azmi
No comments:
Post a Comment