Saturday, May 9, 2015

TARANTULAH “Human’s Suffer” (SISA TOXSICK PROD) –MALAYSIA


Pertama sekali, saya ingin tegaskan betapa teruknya perkhidmatan Pos Malaysia sekarang ini, Pos Malaysia jelas menumpukan pada perkhidmatan yang dipajakkan kepada mereka melebihi perkhidmatan mereka sendiri. Ada pejabat Pos yang dibuka langsung tidak memberi perkhidmatan menghantar surat sebaliknya hanya menerima pembayaran bil. Ada yang tiada wang pos, ada yang tiada perkhidmatan pos ke luar negara, ada yang tiada jual sampul pasca bayar, dan macam-macam lagi. Sebagai contoh, CD ini dihantar oleh Man Rabaxx pada 28 haribulan April lalu mengunakan perkhidmatan pos berdaftar. Ia mengambil 10 hari untuk sampai ke Kangar yang sebelum ini hanya mengambil masa 3 hari sahaja.

TARANTULAH kembali dengan material ke-3 mereka yang membawa mereka setapak maju ke hadapan. Kualiti rakaman lebih bagus, begitu juga dalam penulisan lagu dan kawalan alat muzik. Banyak riff berkualiti dan bervariasi telah digunapakai kali ini, dan semuanya dalam rumpun ‘sekolah lama’. Lagu-lagu mereka kedengaran seperti dari band-band lama yang pernah menghantui muzik bawah tanah Malaysia. Mungkin akan muncul ‘feel’ seperti mendengar album-album SILENT DEATH, NEBIRAS, PILGRIM kembali bermain dalam minda anda apabila mendengar “Human’s Suffer”.

Empat lagu dimuatkan dalam demo ini bersama-sama lagu “Viva la Peace” yang dirakamkan semula dengan lebih kemas dan sebuah cover dari SEPULTURA “Troops of Doom” yang agak 'kendur'. Man Rabaxx mengekalkan gaya nyanyian beliau yang bersalut distortion tinggi dan reverb. Begitu juga pengunaan dram elektronik yang masih dikekalkan dalam demo ini. Saya berpendapat apa kata untuk masa hadapan ada baiknya dicuba dram akustik yang mungkin memberi tambah nilai pada lagu-lagu mereka. Itu sekadar cadangan saya sahaja.

Hebatnya, CD ini didatangkan dengan hiasan kulit seperti sebuah zine yang mempunyai reka letak yang menarik, lirik dan penerangan setiap lagu dan biografi. Unik sekali! Hubungi mereka untuk dapatkan demo ini.

FACEBOOK TARANTULAH

No comments:

Post a Comment