Wednesday, September 9, 2015

PORNOGRAFI DAN HEAVY METAL

“...there were some crushing stuffs going on back then. I remember that was part of my heritage of being 15, 16. Definitely, that was a good time period to start watching porn..” – Chuck Schuldiner

Itu satu petikan dari sebuah temubual bersama bapa death metal, mendiang Chuck yang terkenal sebagai seorang penyantun. Apa yang saya mahu kaitkan disini; kuasa negatif heavy metal hakikatnya adalah setara pornografi samada anda setuju atau tidak. Seks merupakan satu elemen yang berkait rapat dengan apa juga muzik yang berpaksikan kebebasan, namun disebabkan genre metal tiada tema yang menjadi titik noktah. Topik lucah dan keganasan seks turut menjadi sinonim dalam muzik metal.

“The only true music is metal. We are not afraid to talk about anything, nothing is taboo. If people tell your life is a taboo. They’re wrong!!!” – Jeff Beccera

Bulan April lalu, sebuah filem porno berjudul “Casting at the Rockfest” telah mengemparkan dunia metal antarabangsa apabila pelakon lucah Pamela Kayne telah mempelawa 12 orang penonton Amnesia Rock Festival secara rawak untuk mengadakan seks bersamanya. Walaupun jelas syarikatnya AD4X mempergunakan acara tersebut. Para penonton yang dipilih pasti merasa bertuah kerana berjaya mengukir sejarah sendiri dalam konsert bersejarah itu.

Amenesia Rockfest adalah konsert rock, punk dan alternatif terbesar di Kanada yang berlangsung selama 2 hari pada musim panas setiap tahun. Ia diasaskan oleh seorang pemuda berusia 28 tahun, Alex Martel. Bagaimanapun insiden pornografi ini jelas mendatangkan kemarahannya kerana Amenesia Rock Festival dipergunakan untuk kegiatan seksual. Martel mengambil tindakan undang-undang ke atas AD4X dan akan memperketatkan pantauan aktiviti-aktiviti seperti ini untuk tahun ini.



Satu lagi cerita menarik, ahli kumpulan SIAL telah memperkenalkan saya aktress lucah paling sensasi di media sosial tahun ini. Mia Khalifa, yang membangkitkan kemarahan umat Islam setelah melakonkan watak menyerupai seorang gadis Muslim membuat aksi threesome yang diterbitkan oleh Bang Bros. Ramai yang tidak tahu Mia Khalifa adalah gadis Arab Lubnan berusia 22 tahun dan beragama Kristian Katholik. Nama asalnya Mia Callista. Mia dibuang keluarganya yang kecewa dengan tindakannya menceburi industri pornografi dan menerima ugutan bunuh jika kembali ke Lubnan.

Mia Khalifa adalah peminat kumpulan grindcore, MARUTA dari Miami, Florida.


No comments:

Post a Comment