Tuesday, September 8, 2015

CARCASS DAN INDONESIA



Lagenda muzik berat Britian, CARCASS mencetuskan kontroversi lagi setelah menghentam kerajaan Malaysia dalam laman Facebook rasmi mereka pada Mac lalu. Hari ini mereka meletakkan foto Presiden Indonesia, Jokowi Widodo dengan kata 'death metal poser' merujuk kepada hukuman mati yang tetap dijatuhkan ke atas Andrew Chan dan Myuran Sukumaran atas kesalahan penglibatan mereka dalam penyeludupan heroin walaupun mendapat tentangan keras dari negara-negara luar. Indonesia mengisytiharkan dadah dan pemerdagangan manusia sebagai musuh utama negara dan mengekalkan hukuman mati mandatori ke atas pesalah berkaitan dadah. Baca laporan lanjut disini.

CARCASS antara kumpulan yang meletakkan masalah dan kerosakan najis dadah atas kelemahan dan salahkuasa pemerintah sepenuhnya. Oleh itu mereka dengan lantang memperjuangkan isi hati mereka bersama rakan-rakan mereka yang kebanyakan dari haluan grindcore. Dimuatkan komentar yang menjadi perdebatan dikalangan metalhead/punk hari ini;




Ribuan manusia menderita dan kehilangan nyawa saban hari diseluruh dunia akibat heroin namun kebanyakan kita hanya menutup mata oleh kerana kisah mereka kurang menarik berbanding kisah si pengedarnya yang secara kebetulan tertangkap di negara yang dianggap kolot dalam penguatkuasaan undang-undang dan kurang bijak mentadbir negara.

Bermacam-macam pandangan dan hujah telah dilontarkan dalam isu ini. Siapa benar dan siapa salah merupakan satu titik pudar bagi kita semua. Ada orang menganggap pemerintah yang korupsi itulah penjenayah utama dan ada orang menganggap sesiapa pun yang melakukan perbuatan memusnahkan harapan dan hidup insan lain sebagai pesalah. Terpulanglah bagi anda untuk membuat analisis dalam isu ini.

Bagaimanapun, CARCASS tanpa gentar akan turun bermain di Sonicfair (Rock and Metal Expo) di Jakarta pada 3 Mei 2015 ini.



Oleh: Rammy Azmi

No comments:

Post a Comment