Thursday, August 30, 2018

TERUS MELUNCUR FATIN SYAHIRAH


Seperti yang kita ketahui, kelmarin Fatin Syahirah yang merupakan wakil negara untuk sukan skateboarding (papan luncur) di Sukan Asia Indonesia tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya. 

Sehubungan itu dia menerima serangan komen-komen negatif dari netizen membuatkan Fatin bertindak untuk membuang semua gambar di profile Instagramnya. Yang tinggal hanya satu Instagram Story dengan tulisan ‘Sorry, Malaysia’. 

Kami simpati ke atas Fatin dan ingin menyatakan sokongan untuk beliau terus berusaha dan jangan mengalah hanya kerana kecundang dalam kemunculan sulung di acara professional ini. 


Oleh: Rammy Azmi

No comments:

Post a Comment