Saya telah lama bersahabat dengan Tiberius selaku pemain gitar, bass, vokal dan Morph selaku pemain synth serta vokal kumpulan ini, sejak melakukan wawancara untuk Kemenyan zine. Kini mereka sudah mempunyai anggota tetap, J Nerexo sebagai pemain dram dan Maciej sebagai pemain bass. Bagi yang rasa mereka ini lain dari kumpulan-kumpulan metal ekstrim yang lain dari Poland, mungkin kerana mereka pernah menuntut di UK dahulu membuatkan citarasa muzik mereka turut berkembang selari dengan scene muzik disana yang lebih luas.
Saya sebenarnya bangga kerana diberi penghormatan untuk mendengar dan mengulas album ini sebelum ia diterbit dan dijual oleh Via Norturna Records. Bagi saya muzik DS sangat istimewa, ia sofistikated, gelap, harmonis dan bijaksana. Mereka tidak menjadi sesiapa pun sebaliknya menjadi diri mereka sendiri. Kembara seni lirik mereka membuatkan DS jadi lebih kompleks dan penuh cemas kerana ia membawa anda ke alam kosmik, anti graviti, anti oksigen, misteri angkasaraya dan supernova. Mereka bagaikan pemuzik yang ditemui NASA di planet tanpa nama.
Mungkin saya keterlaluan, tetapi andai diminta saya berfatwa untuk mengharuskan muzik metal pada Muslim. Saya akan memberi DS sebagai tanda arasnya kerana mereka mempamerkan kreativiti yang maksima, muzik yang teknikal yang lasak namun menghiburkan digarap dengan lirik bertema saintifik bagi mengalakkan minda berfikir. Jika anda mendengar DS, anda bukan sahaja perlu tekun mengkaji susunan muziknya tapi mesejnya sekali. Ia proses yang intelek pada pandangan saya. Jika saya tidak dapat berpencen dari mendengar muzik berat hingga ke tua. Saya yakin, inilah muzik pilihan saya!
Hubungi: dsprogart@gmail.com
No comments:
Post a Comment