Ketika Kerry Kaufmann memaklumkan kepada saya dia sedang rancak merakamkan EP kugiran terbarunya OVERHAUL yang berjudul “My Woman from Bangkok City”. Saya adalah diantara yang teruja. Berdasarkan pengalaman beliau yang panjang dan citarasa muzik yang luas, saya menjangkakan OVERHAUL bakal memberi suatu impak pada pegerakan muzik metal punk tempatan. Ketika saya melawat toko muzik mereka di Shah Alam baru-baru ini, saya diminta oleh Faiz, pemain bass mereka, untuk mengulas kaset EP tersebut secara langsung dan sekali imbas. Bagi saya ia satu produk yang berada diatas garis standard punk rock & roll dan sangat menghiburkan. Ia sebuah party band! Lagu-lagunya liar, menyengat dan mudah untuk disiulkan. Saya rumuskan begini, OVERHAUL adalah jalan keluar mereka terhadap kegilaan pada Motörhead dan obsesi mereka pada gadis-gadis Siam. Ini adalah kumpulan metal punk dengan tema abang-abang nakal dan liar.
EP yang tajuknya telah diubah ke “Rock & Roll Fuel” itu masih boleh didapati dari toko Basement Records, Bukit Bintang KL dan juga Sonic Rage, Shah Alam. Ia juga boleh dibeli secara atas talian dengan menghubungi mereka melalui media baharu. Apa kata kita berbual panjang dengan Kerry mengenai OVERHAUL ini…
Boleh ceritakan bagaimana OVERHAUL ditubuhkan? Anda dan ahli OVERHAUL yang lain turut mempunyai kumpulan-kumpulan muzik yang lain. Jadi manakah yang menjadi fokus utama? Adakah ATOMIK DEATH masih hidup? Overhaul ditubuhkan atas sebab minat dan boleh kata untuk menguji keupayaan aku dan ahli-ahli lain untuk membawa muzik yang tak pernah kami mainkan dan aku nak bersama band-band Metalpunk lain yang telah sedia ada di sini macam NIGHTWOLF, BLACK DEMONS dan lain-lain kasi meriah sikit supaya nampak banyak band dibawah panji-panji Metal Punk! Well AD sekarang dibekukan atas sebab tertentu. Sekarang ini ahli-ahli Overhaul adalah ATOMIC DEATH tanpa Patto. Pemain dram asal direhatkan atas sebab-sebab tertentu. Kenapa pula memilih nama OVERHAUL? Apakah kamu mempunyai kaitan dengan kumpulan gay alternative hard rock, OVERHAUL dari Belanda? Sebab ia nampak sangat rock & roll, mudah untuk di ingati dan sesuai dengan muzik yang kami bawa dan tiada lagi band nama begitu dalam persada ekstrim metal dan rock & roll! Nama Overhaul ini lama dah aku simpan cuma baru sekarang berjaya diguna.
Kenapa memilih Metalpunk? Bagaimana kamu semua boleh terjebak dengan muzik sebegini kerana saya dipahamkan karier kamu bermula dengan death metal-kan? Ceritakan latarbelakang muzikal kamu? Its dirty, nasty and rocking thats it! Aku start follow this kind of music and circle sejak aku kenal dan ikut band-band seperti INEPSY, CHILDREN OF TECHNOLOGY, BLUDWULF, WHIPSTRIKER, BAPHOMET BLOOD dan sebagainya... dan sampai sekarang laaa that ‘s metalpunk plague keep viral worldwide dan aku tahu sesetengah orang macam always make joke with MPDS band tapi aku tak kisah pun sebab pergerakan muzik ini akan terus berkembang.. So FOAD!
Aku mula main kugiran sejak 1998 bersama ARKHAYTULMAYT sebagai gitaris dan lepas itu main band D-Beat DISGRACE... Lepas itu aku senyap sekejap tanpa band hingga ATOMICDEATH muncul pada 2008 dan sekarang masih bersama ATOMICDEATH and OVERHAUL.
Adakah anda kekal di posisi gitaris sepertimana ATOMICDEATH atau mencuba sesuatu yang baru? Perkenalkan ahli-ahli OVERHAUL yang lain? Yup aku kekal sebagai pemain gitar cuma sekarang ada kerja lebih sikit sebab aku jadi penyanyi pulak... susah juga main gitar sambil menyanyi namun aku cuba sebaik yang boleh. Apa yang terhasil dari OVERHAUL itu aku bukanlah nak sangat menyanyi cuma ketika sesi percubaan vokal itu jurutera bunyi kata vokal OK, ngam! Jadi aku teruskan rakaman vokal sampai subuh. Dan habis.. Jadi itulah hasilnya! Aku ada juga beritahu beberapa orang kawan, kalau kalau vokal aku tak sesuai aku panggil mereka nyanyi hehehe!... Apapun OVERHAUL lebih kepada studio band... Anggota OVERHAUL? All in ATOMICDEATH except Pattomizer.
Apakah perbezaan yang dapat anda lihat pada scene muzik lasak dahulu dan sekarang? Semua band rakaman pun dah bagus, produksi pun dah bagus. Cuma minat orang nak dig new undergound bands itu yang tidak berapa ada sangat. Semua sibuk sangat dengan reunion band dan apa band seterusnya yang nak buat reunion?. Come on lah.. ini zaman kita. Apa yang kita ada sekarang ini, inilah yang kita ada. Kita salute band lama tapi sokong jugalah band baru tidak kira mana datangnya. Band reunion itu ada sesetengah itu mereka sendiri pun dah tak boleh beat karya lama mereka. Aku hormat band lama dan aku juga sokong band baru. Apa yang aku kecewa sekarang ini adalah banyak sekali Nazi dalam pergerakan muzik metal Malaysia!! I don’t want to comment banyak laaa.. And thats why aku jarang ke metal show lately..
Boleh kongsikan perjalanan OVERHAUL dalam menerbitkan produk sulungnya iaitu kaset demo “Rock & Roll Fuel”? Dari proses penulisan hingga kepada rakaman? Dari mana anda mendapat inspirasi dan motivasi? Inspirasi senang sahaja hang pun tahu aku selalu turun naik Siam kan? Apa yang terhasil dalam lirik-lirik itu adalah apa yang aku rasa, aku bayangkan dan keseronokan bandar itu aku terjemahkan dalam lirik. Biarpun penulisan aku tidak seberapa baik... dan actually aku bukan nampak seperti band Siam tapi aku nak nampakkan ada something about South East Asia pada imej tuu.. Ramai Mat Salleh tak tahu Malaysia kan? Tapi mana punya orang tak kenal Bangkok kan? So begitulah dan ada lirik aku cerita pengalaman berparti bersama rakan-rakan di salah satu kelab di Bangsar banyak tahun yang lalu laa.. !! Dari segi penulisan muzik, aku banyak terpengaruh dengan INEPSY, GATES dan banyak lagi.... Berlatih pun tidaklah banyak kali sangat dengan drummer. Aku berlatih di Sonic Rage sahaja. Gitar amp kecil bersama mini drum machine. Sekali skala pergi ke studio malah aku paksa Faiz main bass pun 2 weeks before recording. Ya aku paksa!
Sebagai salah seorang pemilik toko muzik Sonic Rage. Anda turut aktif dengan label anda sendiri iaitu Hellforged. Bagaimana anda membahagikan masa dan menguruskan keduanya? Bagaimana pula kerjasama anda dengan Basement Records? Tidak sibuk mana pun sebab mailorder sekali sekala sahaja dapat kalau barang panas, sibuk juga dan di kedai pun weekend aja ada customers dan di sana ada gitar dan dekat situlah aku petik-petik gitar kalau idea sampai. Lepas kerja malam kalau tiada apa-apa hal aku biasanya akan main gitar. Kalau naik syiok lama lah main kalau mood takde kejap je.. Hendak kata free sangat pun tak juga sebab kadang-kadang 8-5 daily job sangat menggangu kehidupan yang sepatutnya harmoni. Lagipun awek pun tak ada.., Banyaklah masa dan duit tersisip rapi dan adakala masa dibuang begitu sahaja tanpa rasa kesal. Kerjasama bersama Basement Records hanyalah kontrak rilisan sahaja walaupun aku ada label sendiri tapi aku tidak suka hendak terbitkan sendiri dan kredibiliti Basement pun aku tahu macamana jadi Basement adalah label yang sesuai untuk terbitkannya. Aku tidak kisah berapa banyak duit label boleh kasi tapi aku hendak tahu berapa banyak kau boleh spread local band name kat luar? If you sold 1000 units only in Malaysia.. I considered that releases is failed!
Anda pembaca zine? Boleh saya tahu zines tempatan kegemaran anda? Adakah sebaran media UG seperti zine masih releven di zaman siber ini? Ianya masih relevan dan kita perlukan pengedar-pengedar zine dari luar ke dalam sini juga. Janganlah buat zine masa zine fest sahaja kan.. hahaha! Zine terbaru yang aku baca Pedal To The Metal la.. dan Ultimate Darkness. Bagus kandungan tu bukan macam zine apa nama DICKHEAD ke apa zine si Wan Samdol tuu? Aku lupalah nama si mamat gagap yang berjerawat batu tu. Tapi yang aku tahu dia tak handsome malah awek dia pun lari tinggalkan dia. Buat kerja baguih.. tapi zine metal buat macam majalah Mangga, ada gossip. Bukan gosip laaa .. menghentam orang sahaja kerjanya.. yang dihentam itu semua kawan lama pula tuu. Kesian dia sekarang kawan dengan siapa tatau.?. Dahlah membabi babi muka kawan-kawan aku di-edit-nya. Aku jumpa depan-depan aku buat facebook live bagi orang tengok kegagapan dia itu. Kita tamau pukul.., Kita ada akal punya netizen kita buat fb live jeeeee ..hahahaha!
Apakah itu true dan false metal? Siapakah yang paling true dalam dunia muzik ini (selain Lemmy?) Adakah yang dikatakan true itu mereka yang tidak memuatkan selfie dalam instagram atau hanya mendengar muzik melalui piring hitam? Kita perlu jadi true macam Wan Samdol. Afteshit Production tu . 1- Pakai seluar beggie HARAM! ( tapi dia boleh ), 2- Tidak boleh dengar muzik hardcore punk ni ( tapi dia boleh ), 3- Tidak boleh pakai email, facebook whatsapp ni ( tapi dia boleh ) jangan baca majalah glam metal (tapi dia boleh ), jangan main basikal sebab hipster ( tapi dia boleh ), jangan main wechat / beetalk ( tapi dia boleh ). Ah bodohlah!! haha dah la!! Apapun yang penting attitude mesti mahu ada main muzik ini... dan ikut lah perkembangan scene takkan hang main heavy metal tapi asyik layan IRON MAIDEN sahaja, SKULLFIST tak tahu?... main death metal tapi EXCORIATE tak tahu?... Tahu DISMEMBER aja.. Kau buat band baru, tahun baru mahu suruh orang dengar band kau tapi kau tak dengar band lain... so ??
Adakah salah bagi kumpulan UG mengunakan medium internet untuk tujuan mempromosi muzik? Perlukah kita membuang teknologi komunikasi seperti email, whattsapp, messenger sebaliknya hanya mengunakan surat dan setem untuk berhubung ala sindiket? Saluran itu adalah yang terbaik diwujudkan oleh sistem untuk kita dahulu. Kita sama-sama pernah laluinya, kepada yang mana tak pernah tu, takpalah kau muda lagi but apa pun zaman sudah berubah. Respect benda lama dan kita layan sahaja benda baru ini... sebab itu saluran terbaik untuk mempromosikan band dan sangat mudah untuk check out new bands. Bukannya ada orang jual band yang kau tak tahu... kau pergi komen, band apa? band mana? main apa? apa punya manusia zaman ini?? Periksalah sendiri..... Cuma kadang kadang itu kita salah guna benda ini sebarkan benda tidak elok, benda tidak sahih kau pergi sebarkan... dan kalau guna medium itu untuk band. Janganlah time jamming selang 4 minit kau muat naik gambar. Memanglah kau punya saluran, siapa tidak suka sila unlike la... tapi jemu weyhhh hahahahaha! Orang mahu juga tengok gambar awek Siam tengah makan kaki ayam dekat tepi jalan Sukhumvit 23 tu.. lagi style!!!
Konsert paling hebat yang penah anda saksikan? Bagaimana pula dengan gig pertama yang anda hadiri.. masih ingat? Gegaran Metal 1, Blast From The Past, KREATOR live in KL yang menghimpunkan terlalu ramai metalheads dari hujung bandar sampai hujung kampung yang nak dekat sempadan Siam itu pun datang. Gila ramai!.. kalau di luar ENFORCER ( Bangkok ) dan Ktown Hardcore Festival (Copenhagen). Gig pertama aku tidak ingat pula nama gig tapi ada SIL KHANNAZ, EPHEMERAL, VOCIFERATION ETERNITY dan lain-lain. Aku sekolah lagi time tuuu... Aku pun tulis surat kat kau juga 666 Kg Repoh tapi tak ingat hang reply ke tak hahhahaha! (Sedih pula bila teringat yang saya dah tidak lagi tinggal di kampung itu. Seribu satu kenangan di situ.-Ed)
Adakah kaset dan tshirt OVERHAUL masih dijual? Bagaimana anda dapat model Siam untuk memperagakannya dengan aksi bondage lagi tu! Boleh saya tahu perancangan masa hadapan anda? Kaset masih boleh dibeli melalui www.basementrekordz.com dan Basement Records Store. T-shirt hanya dicetak untuk mereka yang tempah awal dan ia tak dicetak lagi.... About our model ermmm aku minta mereka bantu untuk memperagakan T-shirt dan mereka setuju tanpa sebarang bayaran. Kita tidak melihat mereka sebagi objek memuaskan nafsu tapi sebagai menyokong kerjaya seni mereka itu sahaja... mereka adalah model bondage yang profesional tetapi underground! Some of the comments dekat facebook macam unsur seksual semata-mata namun kita sebenarnya tengok dari segi seni itu sendiri. Lagipun lirik dan konsep lebih ke arah Bangkok City maka takkan awek Shah Alam pula yang memperagakan T-shirt tu.. Tak cantiklah nampaknya.
Adakah kaset dan tshirt OVERHAUL masih dijual? Bagaimana anda dapat model Siam untuk memperagakannya dengan aksi bondage lagi tu! Boleh saya tahu perancangan masa hadapan anda? Kaset masih boleh dibeli melalui www.basementrekordz.com dan Basement Records Store. T-shirt hanya dicetak untuk mereka yang tempah awal dan ia tak dicetak lagi.... About our model ermmm aku minta mereka bantu untuk memperagakan T-shirt dan mereka setuju tanpa sebarang bayaran. Kita tidak melihat mereka sebagi objek memuaskan nafsu tapi sebagai menyokong kerjaya seni mereka itu sahaja... mereka adalah model bondage yang profesional tetapi underground! Some of the comments dekat facebook macam unsur seksual semata-mata namun kita sebenarnya tengok dari segi seni itu sendiri. Lagipun lirik dan konsep lebih ke arah Bangkok City maka takkan awek Shah Alam pula yang memperagakan T-shirt tu.. Tak cantiklah nampaknya.
Rakap Besi ini adalah zine travelog metal/punk dan fokus utamanya adalah aktiviti berbasikal. Ada orang melihat aktiviti sukan basikal untuk kesihatan sebagai hipster? Apa itu hipster? Salahkah metalheads & punksters bersukan? Ini kalau pemain bass aku jawab 30 muka surat tidak habis dia akan cerita terperinci fasal senaman-senaman ini tapi pada aku apalah salahnyaaaa benda ini semua kehidupan, metalheads hendak pergi disko kaaaa, kelab bogel dekat Pattaya ke, lantaklaaaah! Itu pilihan hidup dia. Siapa kita nak kata itu tak boleh ini tak bolehhh?... kalau nak jadi metal.. benda ini life.. lagipun ianya sangat bagus untuk kesihatan fizikal dan mental serta kekuatan seksual.
Terima kasih saudara Kerry. Ada sebarang pesanan akhir? Thanks to Rakap Besi!!! Dickhead / Afterlife / Wan Samdol Fuck off!!! Stop the Nazis and keep on rocking! New OVERHAUL EP coming soon!!! Watch out. Feel free to listen to our demo tracks at http://overhaulmetalpunk.bandcamp.com Thanks for support! Bangkok city rules!!!
No comments:
Post a Comment