Dr. Noorwan Arif adalah di antara rakan-rakan satu sekolah dan seusia yang masih kekal mengenggam erat ikatan ‘brotherhood of steel’ (konon macam filem seram komedi New Zealand, Deathgasm laaa). Selain menjadi sebahagian lagenda Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Dr. Noorwan dan rakan baiknya Badril Anuar adalah lagenda dalam mempelopori media muzik underground di Perlis yang turut memberi inspirasi kepada saya untuk mewujudkan Kemenyan zine. Disebalik minatnya terhadap muzik metal yang lasak dan gelap, Dr. Noorwan merupakan seorang pengamal perubatan yang penyantun dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Walaupun kami berjauhan, setiap kali pulang ke Malaysia dia pasti berkunjung ke teratak saya di Kangar. Di antara kenangan yang manis kami adalah ketika mula berjinak-jinak dengan alat muzik, Dr. Noorwan akan datang menjemput kami semua (5-6 orang dengan kereta mini nya) untuk ke jamming studio, bermacam-macam lagi kenangan manis di zaman sekolah rendah hinggalah ke zaman berkelana ke setiap gig sekitar utara Malaysia.
Bagaimana kehidupan di Hamilton? Sudah berapa lama sebenarnya saudara di sana? Apa bezanya dengan kehidupan di UK dan Ireland kerana anda pun penah bermastautin di sana satu ketika dulu? Kehidupan di New Zealand jauh lebih selesa. Bagus untuk pembesaran anak-anak. Segalanya ada di sini kecuali ibu bapa dan sanak saudara. Papa Rich pun dah ada kat Auckland! Sudah 9 tahun berada di bumi Aotearoa (New Zealand dalam Maori), mungkin lama lagi akan berada di sini. Wallahua’lam. Bezanya di sini dengan UK/Ireland, masyarakatnya ‘lepak’ – dari segi kerjanya, tidak perlu pakai tie, bahkan sewaktu musim panas, saya pergi kerja dengan seluar pendek dan t-shirt berkolar. Di sini juga budaya ‘pub’ dan ‘clubbing’ juga kurang. Kedai hanya dibuka sehingga pukul 5 petang, ‘late night shopping’ hari khamis, itu pun, kedai di buka sehingga pukul 10 malam. Memang banyak kenangan manis dan pahit di bumi UK dan Ireland tetapi peristiwa yang tak pernah saya lalui di tempat lain, adalah merasai gegaran gempa bumi pada beberapa minggu lepas! Walaupun epicenter gegaran tersebut di pulau selatan, dalam 600km lebih, ia masih terasa di Hamilton! Waktu itu saya sudah nyenyak tidur pada tengah malam, dikejutkan oleh isteri. Terbuka mata dan merasa diri seakan-akan di atas kapal, mabuk laut di atas katil! Terdengar pintu bergerak perlahan dan mendengar rumah ‘creaking’. Lama juga dalam masa 5 minit. Harapnya tak akan merasai gegaran maha besar!
Lama dahulu saya ada mengikuti program Friendly Comparative Religion (FCR) ketika itu ia sesuatu yang agak taboo, alhamdulilah kini dah OK. Masyarakat pun boleh terima. Menariknya dalam perbincangan kumpulan kami tu ada terselit satu kajian mengatakan New Zealand diundi sebagai negara bukan muslim tetapi sepatutnya modul negara Islam dengan fakta-fakta tertentu… antaranya rakyatnya paling penyantun, negara yang sungainya tiada sampah, tidak membazir.. Apa pendapat anda tentang ini? Secara amnya memang masyarakat New Zealand peramah dan mengikut undang-undang. Saya pun terikut-ikut dengan budaya begini. Bayangkan, nak buang plastik cokelat pun rasa bersalah, letak dalam poket sahaja sampai jumpa tong sampah. Kalau anda ternampak orang dalam kesusahan atau melakukan kesalahan, anda akan ditegur! Kesedaran sivik memang tinggi. Walaupun begitu ada juga orang yang akan membuang sampah merata-rata dan tidak mengikut undang-undang. Di sini orangnya tak mengikut sangat aliran semasa dan trend duniawi sangat seperti di Malaysia. Contohnya, dari segi kenderaan. Tak berlumba-lumba untuk mendapatkan model terbaru kenderaan, cukuplah dengan apa yang ada. Saya masih menggunakan kenderaan yang dibeli 8 tahun dahulu. Kereta sebagai kenderaan dan bukan untuk riak. Orang kiwi banyak yang ‘content’ dengan kehidupan – cukup dengan apa yang ada, tak perlu bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk. Back to nature dan sebagainya.
Gambarkan sedikit kepada mereka tidak kenal anda. Boleh ceritakan sedikit tentang latarbelakang muzik anda? Muzik yang begitu mempengaruhi dan memenuhi keperluan rohaniah anda… hahaha! Hahaha, muzik memang sebati dengan saya. Zaman dahulu, banyak mendengar lagu-lagu irama punk, metal dan sebagainya. Ia bermula dari umur 11 tahun begitu di Kota Kangar. Saya akan mengayuh basikal dalam taman. Ada seorang lagi rakan, dipanggil Zam gemuk, apabila lalu sahaja belakang rumahnya, telinga saya akan disajikan dengan dendangan lagu yang pada masa itu, sungguh dahsyat! Buruk benar lagu-lagu ni! Rupanya, kugiran tersebut bernama Sabbat dari UK. Dari situlah bermulanya minat mendalam terhadap alunan irama berat ini. Kaset-kaset pertama yang saya beli (dengan menggunakan duit tuisyen yang sepatutnya di bayar!) merupakan DESTRUCTION – Cracked Brain dan juga….. VANILLA ICE – Ice, Ice Baby! Jangan ketawa! Selepas itu bermulalah dengan METALLICA, GUNS N’ ROSES dan sebagainya. Terus terang, masa itu saya tidak mendengar kugiran-kugiran dari Malaysia selain Rock Kangkang disebabkan saya rasa ia tidak bermutu! Hahaha. Terselit juga band-band seperti GREEN DAY, OFFSPRING dan sebagainya. Dari situ juga minat untuk bermain instrument berputik – tak dapat main lead guitar, saya bermain bass secara suka-suka. Bagi saya, jangan hadkan telinga kita kepada 1 genre sahaja. Variety is the spice of life.
Bagaimana keadaan scene zine di Malaysia ketika anda mula menyunting Thanatopsis bersama Badril? Apa yang membuatkan anda ingin menulis zine ketika itu sedangkan ia sesuatu yang janggal buat remaja sekolah. Budak-budak lain masa tu gila apa benda.. huh? Selepas sekian lama, barulah saya berminat terhadap band-band tempatan. Masa itu, Azil dan Lan (Upanishad Zine) yang banyak mempengaruhi kami dengan paraphernalia underground. Waktu itu, rasa sungguh senang sahaja untuk membuat zine – hanya ‘cut & paste’ – saya pun boleh buat! Seingat saya, waktu itu saya dan Badril (dan juga anda Raimi!) 13-14 tahun? Minat untuk melahirkan sebuah fanzine membuak, maka terhasilah Thanatopsis zine. Zaman itulah zaman rap – 4U2C dan sebagainya! Nama Thanatopsis diambil dalam Websters Dictionary US version – bermaksud ‘Meditation Upon Death’. Teringat saya kisah hendak membeli demo sebuah band dari Pahang kalau tak silap, dapat flyers. Nama di atas alamatnya ‘Ahmad Fenriz’ jadi saya tanpa mengetahui apa-apa, letak la nama tersebut dalam money order! Dapat la surat balik beberapa lama kemudian menanyakan kenapa diletakkan nama tersebut?! Hahaha. Dari membuat zine, penguasaan bahasa kita meningkat – melihat lyrics dan cuba mencari maksud perkataan tersebut dalam kamus dan juga mengenai singkatan Pejabat Pos – SASE, money order dan sebagainya!
Gelaran “Bohsia” wujud zaman kita sekolah kan? Haha! Kalau Bahasa era itu, Anuar Ibrahim memang terbaik, dia sering memperkenalkan dan meremajakan istilah-istilah melayu klasik. Apa lagi benda-benda pelik yang anda masih ingat dari zaman sekolah kita di Perlis? Tak dapat dilupakan geghet hang dengan handlebar RXZ! (gila wei hang membuatkan mata aku masuk habuk laaa!- Ed) Hahahaha. Walaupun tinggal di kota Kangar, saya mendapat tempat di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, sekolah berasrama penuh. Banyak kenangan manis di sana – ‘fly’ ke kota Kangar untuk ‘jamming’, juga bertemu dengan bakal isteri dan ber’couple’ dari umur 13 tahun sampai sekarang. Orang kata ‘cinta satu lencana’. Teringat zaman-zaman mengutip biji getah untuk berlawan dengan kawan ketika di sekolah! Siap ada yang meletakkan simen! Memories, makes me want to go back there…
Apakah cabaran ketika menyunting sesebuah zine? Dan apakah pula keseronokannya? Tidak mahukah anda menerbitkan semula Thanatopsis dalam bentuk cetakan? Zaman itu, saya menggunakan komputer Apple II Se kepunyaan ayah saya. Komputer ini dibeli semasa keluarga di Amerika kerana ibu bapa melanjutkan pelajaran. Transformer perlu digunakan untuk menukar voltan untuk keperluan di Malaysia! Cukup susah masa itu untuk menaip dan menyunting. Printing pulak menggunakan ‘dot-matrix’ printer! Reka letak cut & paste sahaja. Cabarannya banyak – menunggu band reply interview, article apa yang nak dimasukkan dan sebagainya. Selalunya, band-band local yang malas reply interview cepat. Band-band antarabangsa lagi cepat. ( Keadaan yang sama sampai hari ini - ED) Seronok bila dapat surat dari luar negara yang penuh dengan flyers dan kadang-kadang free copies! Teringat perkara kelakar ketika saya dan Badril (Darkein) nak buat chop Thanatopsis zine – si mamak tu sebut ‘Tha-na-top-sis –zi-ne’ – memang ini menjadi ‘private joke antara kami sampai sekarang. Semasa berada di UK untuk A-levels pada lewat 90-an, saya ada membuat Thanatopsis Newsletter – tetapi kesuntukan masa jadi hanya ada 2 edisi kalau tidak silap. Ada keinginan untuk melahirkan semula Thanatopsis, tetapi masa dan sebagainya tidak mengizinkan. Lagipun sekarang, zaman internet – informasi hanya di hujung jari.

Ketika di London tahun 1997
Dahulu black metal adalah sebuah subgenre, namun kini ia telah membesar dan mempunyai cabang-cabangnya sendiri. Sebagai peminat tegar black metal… apa pendapat anda tentang black metal yang kini begitu menonjol nilai komersilnya walaupun di Malaysia ia masih dianggap jenayah besar? Peminat tegar? Hahahaha saya hanya peminat, berminat pelbagai jenis rentak dan irama, Black Metal salah satunya. Sekarang ‘black metal’ banyak diterima di kalangan masyarakat antarabangsa, siap di-parodi-kan! Masakan METALLICA akan membuat video muzik dengan tema black metal? (Sudah terbit di youtube ketika tembual ini dijalankan - ED) Band-band seperti DEAFHEAVEN dan sebagainya – hipster black metal sudah diterima, siap menerima tajaan Ray-bans! Nilai black metal pada masa dahulu begitu lain. Di Malaysia, ia masih berada di takuk lama. Semuanya bukan budaya Melayu Islam dan dilarang. Sebut sahaja black metal, imej memuja syaitan, seks bebas dan arak keluar! Susah untuk orang kita menerimanya. Salah satu sebab saya mendengar irama metal dari dulu adalah kerana dunia muzik Malaysia hanya menyanyikan lagu cinta mendayu-dayu!
Apakah band yang anda gemar sekarang? Bagaimana pula dengan muzik metal dari Malaysia.. adakah anda masih mengikuti perkembangan dunia muzik lasak di sini? INQUISITION antara band kegemaran saya sekarang! Dianggotai oleh 2 orang sahaja, band yang berasal dari Columbia, dan sekarang USA memang padat. Bertuah saya dapat melihat secara langsung Inquisition sebanyak 2 kali di bumi NZ ini! Batushka – dari Poland bersama Mgla memang terbaik. WEEZER sentiasa di hati saya. Band kegemaran dari zaman Blue Album. Tetapi makin berkurang mutu album terbaru mereka.Album baru kugiran punk RANCID juga kegemaran saya sekarang – alunan bassnya memang terbaik dan lagu-lagu sing-along. Memang minat RANCID dahulu tetapi berputik semula dengan album ini. Secara amnya, scene di Malaysia saya melihat dari jauh! Kumpulan HUMILIATION memang kegemaran – cukup menarik mereka ini dan cukup produktif! Sebuah band walaupun muda, sudah melahirkan banyak album dan menjelajah Europe! WORMROT lagi satu band, walaupun dari Kota Singa, yang saya banyak mendengar, begitu juga dengan TOOLS OF THE TRADE – in grind we trust! Saya banyak juga membeli re-rilis album-album underground lama macam AS SAHAR, VOCIFERATION ETERNITY dan sebagainya. Lagu-lagu tersebut banyak mempengaruhi saya.
Bagaimana pula dengan zine dan majalah metal/punk? Masihkah anda berminat membacanya? Sekarang saya kurang membaca zine/magazine secara amnya. Dahulu rajin membeli majalah Terrorizer, Metal Hammer dan sebagainya, sekarang hanya dengan tekan beberapa butang, sudah dapat membaca berita terkini! Informasi di hujung jari. Walaupun begitu, sayang untuk saya membuang khazanah di dalam rumah saya ini. Isteri berkeluh melihat timbunan majalah-majalah lama, dari segi ini, saya mengaku sebagai ‘hoarder’! Saya masih lagi menyimpan khanazah underground Malaysia di rumah ibu-bapa saya di Alor Setar. Mungkin suatu hari nanti aku hulurkan kepada kamu? Boleh jual kat Zine Fest tu.. hahaha!
Anda telah menyaksikan ratusan kumpulan-kumpulan metal, punk, rock antarabangsa? Mana satu yang kekal dalam ingatan sebagai konsert atau gig yang terbaik pernah anda saksikan? Anda turut hadir ketika IMPIETY menjayakan tour mereka di sana kan? Memang bertuah saya dapat menyaksikan pelbagai band-band antarabangsa! Melihat gig terakhir EMPEROR yang dibuat sebagai Emperial Live Ceremony di London bersama saudara Himi Rahab Fanzine, METALLICA di Open Air. Teringat semasa menonton SODOM, Unkel Tom telah memberi saya botol Heineken yang baru dibukanya. Bergambar bersama Abbath dan Iscariah tanpa corpse paint, sambil menghisap rokok sebelum gig IMMORTAL di Dublin. IRON MAIDEN telah saya pergi ke 3 gig – 1 di Dublin semasa A Matter of Life and Death, 2 di bumi NZ, 2009 Somewhere in Time, dan Book of Souls. Semestinya yang terbaik adalah IRON MAIDEN – memang mempersona dan teruja dibuatnya! Gig yang paling brutal sekali adalah semasa menyaksikan BAD RELIGION dan NOFX pada tahun 2009. Punkers ni lagi ganas dari Metallers! Saya terkilan dahulu kerana terlepas peluang untuk lihat NASUM pada ‘farewell gig’ depa. Dengar album sajalah. Isteri saya memang tak mendengar lagu-lagu ganas sebegini. Satu band sahaja yang kami minat bersama iaitu WEEZER. Dapat la kami menyaksikan WEEZER bersama sempena Memories tour pada 2012 dahulu – sungguh romantis! INQUISITION seperti saya cakap tadi, memang menarik! Bermain secara duo tetapi sound memang mantap! Dagon ada menyebut show mereka sebagai ‘ritual’ dan memang merasai begitu! Kalau berpeluang, sila pergi! Untuk show IMPIETY, saya telah mendapat meet and greet – dapat sembang dengan Arifeen, tinggi dia habaq hang! Mereka datang kerana support GOATWHORE, tapi nampaknya Metallers kiwi banyak nak tengok IMPIETY. Yang mengejutkan saya adalah sepanjang-panjang saya menyaksikan gig di mana pun, tak ada band yang menggunakan kepala babi sebagai stage prop selain IMPIETY! Memang kita mendengar MAYHEM ada tetapi saya tak pernah melihat MAYHEM live – ada datang tahun lepas ke sini tetapi dalam Festival rock jadi malas nak pergi. Terkejut aku! Satu kenangan bersama hang akan terpahat dalam memori aku – ingat dak kita pergi gig di Penang? Tak ingat gig apa, dalam bas, dalam perjalanan pulang ada adik ni pun baru lepas pergi gig… “bang nak lepat pisang bang?” hahahaha!

Gig kat Ipoh laaa, LANGSUYR last show yang tak last sampai hari ini! Bagaimana dengan kumpulan punk rock anda API MARHAEN? Ceritakan perkembangannya.. atau jika ia dah berlalu.. ceritakan sejarahnya? Kisah lama… Saya bersama, Luk, Rizal dan Shiraz semasa kami bersama-sama di Dublin dulu. Sempat melahirkan EP 3 lagu – Ini bukan lagu Cinta. Sekarang sudah berkubur. Sempat la kami jamming di Dublin, di sana, semua peralatan memang band yang bawak, kalau tidak kena sewa. Begitu juga dengan pengalaman merekod EP tersebut di tengah-tengah malam sebab harga recording murah! Kenangan indah. Sekarang saya cuma bermain gitar kapok di rumah sambil mendengar lagu OFFSPRING.
Apa yang anda buat dimasa lapang? Memancing? Sejak bergelar bapa, aktiviti sendiri kurang, tambah pula sekarang sudah mempunyai 3 cahaya mata! Banyak aktiviti kekeluargaan yang kami buat – seperti walking tracks/tramping dan sebagainya. Begitu juga kami beriadah dengan menaiki basikal keliling kawasan dan juga trek-trek mountain bike. Kami suka roadtrip dan juga berjalan-jalan. Tetapi di bumi NZ ni, disebabkan lokasi geografi agak jauh dan boleh dikatakan hujung dunia, susah dan mahal untuk travel ke luar negara. Kebanyakkan travel luar negara kami adalah untuk pulang ke Malaysia untuk menziarahi keluarga serta rakan-rakan. Memancing memang hobi yang saya pelajari sejak di NZ. Memang seronok! Bila tak dapat ikan tu yang tak seronok! Dulu kerap saya bersama rakan-rakan Malaysia pergi memancing menaiki bot, tetapi kebanyakan mereka telah pulang ke Malaysia sebab hanya datang untuk melanjutkan pelajaran ke NZ. Saya masih memancing, tetapi dengan keluarga – anak sulung saya sudah gemar memancing! give a man a fish and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime.
Anda pasti tahu tentang kejayaan Perlis Zine Fest pada Oktober lalu. Badril telah diberi peluang berkongsi kisahnya tentang scene dan Thanatopsis. Andai anda berada disana sudah pasti anda pun akan dijemput untuk sesi bual bicara itu… Mungkin anda boleh beri pendapat atau cadangan untuk Perlis Zine Fest tahun depan? Saya merasakan ini satu inisiatif yang bagus. Terima kasih kerana menganjurkan Fest ini. Mungkin kalau kebetulan saya pulang, boleh saya membawa khazanah saya untuk di tunjukkan? Dari facebook, dapat saya melihat bukan setakat zine music sahaja yang ada sekarang, tetapi macam-macam. Ini satu perkembangan yang menarik. Dengan kemajuan teknologi, kita terlupa ada buku dan zine dalam bentuk fizikal yang boleh anda pegang dan baca sesuka hati – tidak perlu untuk charge nya terlebih dahulu! Saya pun tak pasti apa yang patut dilakukan pada tahun hadapan – harapnya dapat dibuat lagi dan berkembang! Salute!
Sedikit pandangan politik. Apa pandangan anda tentang skandal politik dan kegoncangan ekonomi di Malaysia kini? Terus-terang saya cakap, meluat melihatnya! Pemerintah mahu kekal berkuasa sambil di belah sana berangan-angan ingin merubah keadaan bila di kemuncak. Walaupun tidak sempurna, demokrasi barat seperti di NZ, US, UK telus dan itu juga harapan saya untuk Malaysia. Lihatlah di US baru ini – tidak sangka Trump akan menang. Kalau di Malaysia jangan bermimpi! Sudah muak dengan muka Najib, Jamal Jamban dan sebagainya. Undang-undang untuk semua, tak kira darjat dan pangkat. Pemerintah hanya bermain sentiment 3R – race, raja, religion, habis semua Melayu meroyan!
Apakah yang menghalang kumpulan-kumpulan muzik lasak dari Malaysia untuk berkembang? Adakah batasan agama atau komitmen terhadap keluarga? Ya – agama dan keluarga. Begitu juga pandangan umum yang menyatakan muzik bukan untuk mencari rezeki – buat la kerja lain. Akan tetapi ada juga band seperti HUMILIATION, TOOLS OF THE TRADE, WORMROT dan IMPIETY yang mampu menggegar telinga orang putih! Orang kita kebanyakkanya tak suka keluar dari ‘comfort zone’ masing-masing. Selesa dengan apa yang ada dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Tak dapat saya bayangkan bila kumpulan-kumpulan ini boleh hidup selesa dengan keuntungan dengan bermain lagu-lagu lasak. Orang putih pun jarang yang ada – kecuali kumpulan-kumpulan terkenal yang berjaya ke peringkat sebegini.
Saya ada impian untuk membuat jelajah berbasikal atau menyewa motorsikal di New Zealand. Tapi masih berkira-kira kerana kos yang tinggi. Namun impian tetap ada. Boleh bagi kami sedikit tips tentang tempat, kaedah yang sesuai dan waktu yang terbaik untuk aktiviti sedemikian di New Zealand? Untuk betul-betul menikmati keindahan alam di NZ, bagi saya, kena luangkan masa dalam sebulan. Berkelana ke NZ ni, kita kena ada sikap laid back, macam orang kiwi. Selalunya orang kita mahu menjejak kaki ke destinasi sebanyak mungkin dan tidak menikmati suasana destinasi tersebut. Sebagai contoh – kalau nak, 2 minggu cukup untuk berjalan ke North dan South Island! Mana mungkin! Ada kenalan yang datang ke sini, menyewa camper van ke North dan South island bersama 2 orang anak kecil. Memang lebih kurang sepanjang masa dalam camper van sahaja. New Zealand agak besar dan untuk menjelajah seluruhnya perlu masa. Kalau ingin ke sini, pastikan anda tidak terburu-buru nak ke banyak tempat, it’s not the quantity but quality. Waktu yang sesuai dalam bulan September ke November. Masuk bulan Disember dikira summer pay - mahal lebih kurang 2 kali ganda! Jikalau benar-benar ingin berkelana ke sini, jangan lupa tanya saya!
Tahukah anda ada satu tempat di Sabah, bernama Kundansang yang mendapat jolokan New Zealand Malaysia. Hotel dan chalet di situ pun ada mengantungkan bendera-bendera New Zealand yang ntah apa relevan nya? Mana aku nak tau pasai ni?! Adakah tempat di sana yang mempunyai lembu-lembu bagai lembu New Zealand itu? Mungkin disebabkan cuacanya yang dingin… sat nanti aku cuba Google tengok!
Terima kasih banyak Dr. Noorwan Arif, semoga aman dan bahagia selalu. Kata-kata akhir? Terima kasih sahabat lama lagi dikenang kerana memberi ruang dalam majalah tersohor hang ni. Sudah lama tidak menjawab interview underground sebegini. Mintak maaf kerana kelewatan menjawab, kerjaya dan keluarga serta agama menjadi keutamaan. Harap memadai kata-kata saya ini. Bak kata band VITAL REMAINS, Forever Underground!
Dipetik dari Rakap Besi Zine (isu # 5, Disember 2016)
Temubual oleh:
No comments:
Post a Comment