Pada 28 Mac 2015, sebuah festival muzik metal terbesar di China yang bergelar 330 MUSIC FESTIVAL telah diserbu dan diarahkan berhenti oleh pihak polis oleh kerana jumlah penonton melebihi kapasiti tempat ia berlangsung dan arah muzik heavy metal yang bertentangan dengan nilai socialism di China. Pengasas festival ini yang juga penganjur Mr. Kou tidak dapat menahan sebak dan menangis dihadapan orang ramai dan ditahan di balai polis hingga larut malam. Beliau bagaimanapun memutuskan untuk membayar semula tiket-tiket 330 MUSIC FESTIVAL yang telah dibeli penonton.
Ada beberapa perkara yang saya ingin ketengahkan disini. Pertama, bukan pemerintah Malaysia sahaja yang memusuhi muzik metal, malah banyak lagi negara yang lebih maju dari Malaysia masih belum terbuka untuk menerima muzik 'memberontak' sebegini. Kedua, Malaysia sebenarnya lebih berpengalaman dari mana-mana negara di Asia Tenggara dalam perihal 'censorship' sebagai mana Jepun yang sudah biasa dengan gempa bumi. Oleh itu adalah amat tidak wajar jika kita terlalu melompat jika kejadian sebegini berlaku. Ia suatu lumrah bagi dunia muzik metal tempatan.
Yang terakhir, boleh bayang tak jika CARCASS terlibat sama dalam 330 MUSIC FESTIVAL? Jom bincangkan...
Kredit foto: DM-Simon
Oleh: Rammy Azmi
No comments:
Post a Comment