Seperti yang dirancang, kami ber-camping juga akhirnya di Kampung Wai, Kuala Perlis malam Jumaat lalu. Nampaknya saya seorang sahaja kali ini yang menaiki basikal ke puncak bukit Kampung Wai petang ini kerana Mad Duha (tahniah kerana berjaya membuat kayuhan Hari Merdeka selama 3 hari dari Kangar ke Dataran Merdeka, KL), Bhai dan Bang Lan datang menunggang motorsikal.
Hujan turun dengan lebatnya sebaik kami tiba di lokasi air terjun. Maka terpaksalah kami berkhemah berdekatan pondok dusun berdekatan, bimbang juga berlaku insiden kepala air jika bermalam di bawah kaki air terjun walaupun keadaannya tidaklah berbahaya. Acara membakar ayam tetap berlangsung dengan jayanya. Kayu-kayu pun masih boleh dibakar api kerana hanya basah diluar sahaja. Pondok dusun pun ada untuk kami tumpang berteduh.
Mad Duha mencuba kopi Kapal Terbang buatan Tenom, Sabah.
Esoknya kami berpindah ke kaki air terjun untuk mandi sebelum pulang pada jam 8.00 pagi.
Dalam masa yang sama, pihak Polis Marin Wilayah 1 telah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan merampas daun ketum sebanyak 400 kg di Kampung Wai dan Pulau Ketam melalui Operasi Benteng Covid19. Pagi itu cemas kami jugaklah kerana seluruh kampung penuh polis. Alhamdulilah kami tak ditahan sebagai suspek kerana bermalam di kawasan berdekatan.
Laporan oleh:
No comments:
Post a Comment