Media Norway hari ini melaporkan toko muzik Neseblod Records telah musnah dalam kebakaran. Toko yang merupakan tapak sejarah bagi arus ke-2 pergerakan black metal dunia dan yang pertama di Norway ranap sama sekali, menyebabkan seluruh peminat & pemuzik black metal dunia turut merasa dukacita.
Bagi yang tidak tahu kenapa Neseblod Records ini begitu istimewa? Neseblod Records merupakan kedai muzik yang didirikan atas HELVETE (bermaksud “Neraka”) yang dimiliki oleh mendiang by Øystein Aarseth atau lebih dikenali sebagai Euronymous bersama dua orang lagi rakan kongsi Occultus dan Thrasher. Helvete mula beroperasi pada tahun 1991. Kedai ini merupakan kubu inner circle yang kononnya merupakan mafia black metal di Oslo, mereka tidak hanya membawa mesej jahat dalam muzik keras namun merancang keganasan ke atas agama Kristian dan musuh-musuh muzik metal yang menyelisih ideologi mereka.
Euronymous turut menulis zine dan menjalankan operasi rumah produksinya, Deathlike Silence Productions (sebelum itu dikenali sebagai Posercorpse Music sejak tahun 1987) di Helvete dengan menerbitkan beberapa album yang kini sudah berstatus ‘kult’ seperti MERCILESS “The Awakening”, BURZUM “Aske”, MAYHEM “ De Mysteriis Dom Sathanas”, mungkin kamu tidak perasan, DSP telah mempopularkan kumpulan avant garde metal dari Jepun, SIGH melalui album “Scorn Defeat”. Ketika itu SIGH masih memainkan irama black metal tulen, album itu juga diterbitkan semula di Malaysia oleh Psyhic Scream Ent dan turut dibawa ke Malaysia satu siri gig bersama IMPIETY! Saya antara yang hadir menyaksikan gig bersejarah itu!
Apabila kegiatan jenayah inner circle (bakar gereja, Varg ditangkap, Samoth bunuh pondan, Dead bunuh diri) mula tersebar seluruh Eropah dan menjadi kontroversi, Helvelet mula menjadi tumpuan polis menyebabkan ibu bapa Euronymous tidak senang duduk dan mengarahkan penutupan kedai itu pada tahun 1993. Aktiviti DSP juga tertangguh, banyak rancangan untuk menerbitkan album bagi IMPERATOR, DARKTHRONE, MYSTICUM, ROTTING CHRIST, HADEZ terpaksa dibatalkan sehinggalah Euronymous dibunuh oleh Varg, teman rapat dan pemain bass kugirannya sendiri pada 10 Ogos 1993.
Helvete kemudiannya bertukar menjadi bakeri, kemudian menjadi café sehinggalah pada Julai 2013, Neseblod Records mengambil alih premis itu dan menjadikannya sebagai toko muzik semula.
Sebelum kebakaran ini, toko ini masih rancak dikunjungi oleh peminat muzik keras seantaro dunia. Tapak Helvete yang masih mengekalkan bilik bawah tanah dengan contengan ‘black metal’ itu terus rancak diserbu para ‘blackpackers’ sebagaimana gereja Holmkollen yang pernah dibakar Varg Vikernes BURZUM. Dua lokasi fotografi yang hukumnya mandatori!
Rasanya kalau metalhead tempatan, Redza HEREAFTER pernah sampai ke situ. Bagi yang ingin membantu Neseblod Records untuk bangun semula bolehlah menyumbang di via GoFundMe, Darren Toms.
Laporan:
No comments:
Post a Comment