Sunday, March 22, 2015

SCENT OF CARNAGE “ Scent of Carnage” (GRUNDAR PROD) – MALAYSIA


SCENT OF CARNAGE ditubuhkan pada 2010 oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman dari jajahan Pandan Indah. Saya telah mengenali Addy (Necroslaughter) pemain bass mereka sudah bertahun lamanya ketika saya bersama-sama rakan-rakan DEVASTATOR sering berlatih dan melepak di Pandan Indah. Addy kekal dengan brutal death metal sejak dari dahulu. Tabik!

Ketika CEMETERY URN (dianggotai ahli-ahli BESTIAL WARLUST) dan BELLIGERENT INTENT menghadapi masalah dalam rundingan gig mereka di Pennylane, Sunway dan meminta saya bersama rakan-rakan mengambil alih urusan gig penganjuran gig tersebut. Kami menjemput SCENT OF CARNAGE sebagai pembuka. Mereka menganas dan merasuk crowds yang hadir umpama makhluk yang tidak dapat dijinakkan lagi. Saya sendiri kagum apabila mereka mampu membawakan cover “Dechristianize” yang agung itu!

CD yang memuatkan 3 lagu, “Consumed by Hate”, “Darkness Prevail” dan “Warplague” ini dirakamkan sebaik penyanyi asal mereka Wira Rastara menarik diri dan posisi beliau diisi sebaiknya oleh Filly. Mereka turut merombak logo SCENT OF CARNAGE kepada yang lebih mudah untuk dibaca dan diingati. Walaupun tajuk-tajuk lagu yang dipilih kedengaran agak cliché begitu juga bait-bait liriknya. Saya puji dengan penulisan lagu dan permainan mereka yang mantap dan kejam. Mereka hebat dan seolah-olah memberi harapan baru kepada genre brutal dan teknikal death metal di Malaysia. Kerjasama mereka bersama Grundar Production dari Johor harapnya akan membuahkan hasil kerana Grundar terkenal dalam kerja keras bagi memartabatkan produk tempatan berteraskan genre grindcore dan death metal. 
Gratis dari Khalid semasa bertemu di Hammersonic Festival

Bagi saya penampilan sulung SCENT OF CARNAGE selain dua buah single sebelum ini suatu yang perlu diberi perhatian bagi peminat death metal tempatan yang menghargai karya-karya dari DEICIDE (aura paling kuat dalam CD ini), MORBID ANGEL, CANNIBAL CORPSE, dan VITAL REMAINS. Maafkan saya jika mencadangkan, untuk rakaman masa akan datang apa salahnya mencuba dan bereksperimentasi selain dari SCS Studio walaupun anda telah selesa di situ. Mungkin sesuatu dapat ‘ditingkatkan’ oleh jurutera atau suasana yang baru.

Bukan bermakna kualiti rakaman CD ini tidak bagus. Tetapi setelah meneliti beberapa rakaman band rakan-rakan dari SCS Studio sejak beberapa tahun lalu, ia kekal dalam tahap yang serupa. Mungkin juga dengan sedikit pelaburan lebih bagi menjalani proses mastering professional boleh meningkatkan lagi ‘letupan’ lagu-lagu SCENT OF CARNAGE ini. Percayalah mastering itu penting.
Pentaksub death metal. Dapatkan CD ini:
Email: scentofcarnagecos@gmail.com

No comments:

Post a Comment