Tuesday, November 10, 2009

METAL HARDCORE FEST 2009


Buddha fist action sami

7hb November 2009 – Aku bertolak dari Kangar untuk menghadiri Seminar Kebangsaan Sukarelawan di PWTC. Dah aku agak dari awal lagi, pasti aku yang kena hadir ke seminar ini memandangkan tempoh latihan yang masih belum cukup bagi aku sepanjang tahun ini. Di dalam perjalanan aku sms Mat Kodeng untuk hang-out pada malam ini, tetapi Mat Kodeng terpaksa ke Klang atas urusan keluarga. Aku cuba sms Redza, dia pun sibuk dengan birthday party di Sungai Buloh. Aku call Azmi Blackfire, beliau beritahu malam ini free. Jadi bolehlah kalau nak keluar minum-minum. Aku sms Panjang, dia beritahu sedang sibuk jual merchandises Mayat Wears di sebuah gig yang sedang berlangsung di sebuah tempat baru di Jalan Raja Laut.

Look at the ceiling, a sign Mercerdes was here!


Aku sampai di hotel jam 7.30 malam, aku sms Panjang. Dia masih berada d isitu dan tempat itu berada tidak jauh dari hotel yang aku menginap. Walaupun aku keinginan aku untuk melihat gig telah hilang, aku gagahi juga berjalan merentas Chow Kitt ke tempat berkenaan. Siapa ingat lagi tempat yang dipanggil belakang Mercerdes? Sarang darai beroperasi di malam hari. Di situlah gig berkenaan berlangsung. Kedai Mercerdes berkenaan telah di ambil alih oleh One Pub Cafe yang boleh dikatakan agak happening kerana lokasinya yang berdekatan dengan Pertama dan Campbell Complex. Sampai sahaja aku lihat, memang banyak crowds hari ini, lebih-lebih lagi chicks. Ya lah, kalau gig indie metal + hardcore memang gini lah keadaannya.


Sampai sahaja aku borak dengan Panjang, Mie Dr. Gila, Acong dan Hashim masing-masing terkebil-kebil hairan macamana tidak pasal-pasal aku kat gig berkenaan. Aku tengok rata-rata dah jadi rockstar dapat vogue chicks hasil kerja keras di facebook. Semoga bahagia lah hendaknya.


The two rockers. haha!

Aku ajak Hashim minum sambil jamu mata tengok chicks. Hashim tak habis-habis ajak aku masuk headbang. Namun apa boleh buat, aku dah bosan dengan gig. Aku meluat. Aku datang pun nak borak dengan rakan-rakan lama sahaja. Terkejut aku bila tengok tiket Hashim ada As Sahar! Aku terus pergi jumpa One Barchiel. Inilah kali pertama aku jumpa One face to face. Dah berbelas tahun kami berhubung melalui surat, kami pun dah berkerja sama dalam banyak projek. Jadi aku tidak mahu melepaskan peluang bertemu dengan One. Aku tengok One pun macam surprise jumpa dengan aku, macam takda idea sahaja nak berbual. Maklumlah, memang aku pun tak expect nak jumpa dia di sini. One beritahu aku As Sahar akan perform semua lagu lama dan hanya 1 lagu baru. Jadi kepada fanatik As Sahar hari ini, mereka pasti puas hati. Sebabnya, bagi aku hasil kerja lama As Sahar sangat kreatif dan berkhasima. Manakala material baru mereka agak kurang sengatan melalui halwa telinga aku. Aku tipu One yang mengatakan aku akan masuk tengok As Sahar main nanti. Padahal aku dah mula pening kepala dengan keadaan disitu. Iyalah, aku dah la mengidap darah tinggi. Aku alah pada asap rokok pula. Jadi makin serabut jadinya.



Pukul 9.30 malam Redza sms aku memberitahu yang beliau dalam perjalanan untuk mengambil aku. Lega. Dalam masa berbual-bual dengan Panjang dan the newly introduced chick, Along. (Wahaha! Hang mesti marah ayat sk*****d tu kan Along?) Aku sempat jugak terdengar beberapa band covers Metallica. Heran jugak kenapa banyak sangat band main Metallica malam ini? A Tribute To Metallica gig eh? Mie Dr. Gila memberitahu aku sistem bunyi di One Cafe ini lebih baik dari Paul’s Place. Mungkin betul. Entah la.

Redza photoshot in the rain

10.30 malam Redza menjemput aku di One Cafe. Kami beredar ke Kampung Baru untuk makan malam. Malam itu hajat kami hendak makan satay hancur, hajat hendak makan goreng-goreng pun berkecai. Kebanyakan kedai Patani malam ini tutup, aku rasa ini tentu gara-gara perlawanan Bola Sepak Negeri Sembilan bertemu Kelantan. Jadi kami makan Char Koeteaw yang tak macam char koteaw pun! Frust dan letih. Aku suruh Redza hantar aku kembali ke hotel. Rancangan nak jumpa dengan Azmi pun aku batal.


8hb November 2009 – Seminar bermula jam 11.00 pagi. Lepas dengar pembentangan En. Mohd Razi dari MERCY, Pikrama datang mengambil aku di PWTC. Pikrama memang seorang rakan yang best, yang setiap kali akan meraikan kedatangan rakan-rakan. Ini yang membuatkan aku suka lepak dengannya. Aku kenalkan Pikrama dengan mee rebus Uncle Wink dalam Pertama Complex. Baru dia tahu penangan Uncle Wink yang Pikrama sebelum ini ingat dia kapiaq. Walhal, dia mu’alaf.

Kami ke Maju Junction Mall, teman Jan dan Joyah makan kat food court atas tu pulak. Banyak yang kami bualkan dari masakan hinggalah ke dunia facebook. Dari skinhead hinggalah ke darai. Perbualan kami dikuasai oleh Joyah, sekarang aku dah faham kenapa orang panggil Joyah kat awek ni. Rupanya memang facebook telah mencentuskan epidemic kepada metalheads di KL. Semua dah ada facebook dan bertungkus lumus menjerat chicks di alam siber. Biasalah, memanfaatkan pengunaan kemudahan sesawang sosial sebaik mungkin dan itulah entertaiment bagi lelaki. Metal atau tidak.



Aku sempat shopping buku kat Saba Islamic Media. Kedai ini dan barang-barang keluaran Saba Media memang aku highly recommended kepada anda semua. Aku mula minat dengan publikasi mereka sejak beberapa tahun lalu. Saba Media merupakan penyokong utama Ahmad Deedat di Malaysia serta banyak menganjurkan latihan FCR (Friendly Comparative Religion) di KL.

Kami ke Nebiula, sampai sahaja aku tengok Jaei tengah kalut dengan facebook, manakala tangan kiri main sms sambil senyum-senyum. Gila dah! Aku beredar ke Kampung Baru untuk teman Panjang makan bersama Along dan Pikrama. Jam 5.30 petang aku minta Along tolong hantar aku kembali ke PWTC dan terus balik Perlis.

Di dalam hati aku terus bertawakal dan berdoa bila dapat sms dari rumah mengatakan banjir besar sedang melanda Kangar. Manakala studio aku berada diparas kritikal!

No comments:

Post a Comment