Saturday, October 29, 2011

AS SAHAR “Santau” (Blackwinds Productions) – SINGAPURA


Sesiapa yang tidak sempat mengenali As Sahar pada zaman ‘samseng’ ini, anda sebenarnya sudah ketinggalan suatu era yang benar-benar ektrim di nusantara ini. Terdapat dua kaset EP yang banyak mencorakkan masa depan pergerakan metal nusantara pada pertengahan 90-an. Pertama “Santau” (1995), kedua adalah “Eastern Cruelty” (1996) dari kumpulan Dark Death Metal, LANGSUIR. Kualiti rakaman dan mutu permainan As Sahar ketika ini tidaklah begitu mantap, namun kekuatan susunan muzik dan jati diri membuatkan muzik mereka dikagumi sehingga seantero dunia. Anda percaya tak jika saya beritahu, terdapat sebuah kumpulan metal dari Jerman yang memainkan lagu-lagu cover dari As Sahar?!

Kaset “Santau” asalnya diterbitkan oleh Blackwinds Productions milik Hanael, pemain bass mereka. Setelah melihat potensi yang mereka ada, Nebiula Productions menerbitkannya semula untuk pasaran Malaysia dengan ilustrasi kulit kaset yang lain dan tajuk yang lain iaitu “Meditasi Embun Pagi” bagi mengelak sekatan edaran dari pihak KDN pada tahun 1995. Dan bermula dari titik inilah, As Sahar menjadi produk terlaris Nebiula dan bernaung dibawah syarikat tersebut sehingga kini.


Walaupun serba primitif, sound gitar yang tajam, vokal bergema tinggi, olahan ritma dari pengaruh muzik nusantara (Malay Archipelagos) dan susunan muzik yang begitu menjurus kepada black metal acuan Norway, inilah As Sahar bagi saya. Inilah penetapan bunyi terakhir As Sahar bagi saya sehingga ke era “Phenomistik”, walaupun ketika itu Iblyss dari Impiety yang memainkan dram untuk mereka. Muzik As Sahar berkembang dan tersusun lebih padat tanpa menggangu akar umbi mereka. Di dalam “Santau” juga termaktub As Sahar sebagai kumpulan yang terawal berani mengunakan kata mentera di dalam lirik mereka.

One Barchiel adalah penulis lagu yang hebat ketika itu, sayang entah ke mana perginya kuasa magis beliau kini? Difahamkan beliau bersama Hanael pada awal tahun ini telah menubuhkan sebuah kumpulan baru bernama Anti-K yang memainkan irama black metal dibawah pengaruh BURZUM lama.

Setelah 16 tahun menghantui nusantara, Blackwinds Productions mengambil keputusan menerbitkan semula “Santau” dengan ilustrasi asal dalam bentuk digipak terhad sebanyak 200 keping.  Dan sebagai menghargai peminat-peminat mereka, Hanael turut memuatkan lagu-lagu dari demo kaset mereka sebagai bonus di dalam digipak ini. Dapatkan “Santau” dengan harga RM30.

“Ngipi kembang wong baru, lara kembang wong mati..”

Hubungi: Zulkifli
Tel: +60127814198

No comments:

Post a Comment