Monday, September 28, 2020

WAWANCARA BERSAMA KIM HERRIN


Telatahnya bermain dram sering menjadi tarikan pejalan kaki disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Ratusan peminat kumpulannya membanjiri SOGO saban hari bagaikan ada pesta keramaian sedang berlangsung di situ. Kim Herrin, gadis berusia 18 tahun ini adalah sensasi baru untuk pergerakan muzik jalanan di Kuala Lumpur. Paling terkini, Kim Herrin diberitakan telah bergabung dengan kumpulan rock wanita, CANDY. Ikuti temubual bersamanya. 

Boleh ceritakan latarbelakang muzikal saudari? Sudah berapa lama saudari bermain dram dan kenapa memilih instrumen yang jarang-jarang dimainkan oleh wanita ini? Baru lagi 5 tahun, memilih dram kerana berminat. Apakah set dram yang anda gunakan kini? Ceritakan juga tentang perkembangan Kim Herrin Permanent Studio? Adakah ia hanya untuk kegunaan peribadi? Set dram PDP, Ye betul hanya untuk kegunaan peribadi. 

Saudari terlibat dalam berapa banyak band sebenarnya dan mana yang paling utama? Band utama saya adalah HERRIN. Boleh saya tahu Kim meminati muzik dari genre apa? Apakah band atau pemuzik yang mempengaruhi anda? Dulu saya minati Heavy metal seperti METALLICA, IRON MAIDEN... Kini sekarang saya sangat minat classic rock seperti DIO, BLACK SABBATH, JOURNEY, WHITESNAKES, LED ZEPPLIN, DEEP PURPLE, BAD COMPANY dan juga sebagainya.. 

Berapa kali saudari busking dalam satu minggu? Apakah kesukaran utama yang dihadapi oleh buskers? Satu minggu 1 kali sahaja dan Alhamdulillah belum pernah hadapi kesukaran. Saudari pernah terlibat dalam sebarang rakaman? Saya mendapat tahu Kim turut mempunyai salon? Apa lagi yang saudari buat di masa lapang selain bermuzik? Tidak pernah terlibat dalam sebarang rakaman. Ye betul, Salon itu adalah perniagaan keluarga saya.. Di masa lapang saya hanya kerja sebagai hairstylist selain itu fulltime musician

Kim pernah mendapat anugerah pemain dram terbaik di Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan, MAEPS. Boleh kongsikan pengalaman itu? Pengalaman yang tak akan pernah dilupakan, kerana tidak pernah dijangka saya dapat anugerah Pemain Drum Terbaik.

Adakah pengalaman pelik yang Kim alami semenjak menceburi busking di sekitar ibu kota? Saya teringat isteri anggota kumpulan Genji yang diganggu peminat mereka satu ketika dahulu. Alhamdulillah setakat ini tidak pernah melalui pengalaman pelik. Kim boleh dikatakan sering kelihatan bersama Tom Anuar (pemain dram lagenda, HEADWIND, REVOLVERS, RAMLI SARIP, SHEILA MAJID). Apakah kaitan dengan beliau? Dia sifu saya.. hehehe.

 

Saudari turut meminati heavy metal. Saya pernah lihat satu video Kim memainkan lagu “Holy Diver”, dan saudari juga meminati kumpulan METALLICA. Apa pandangan Kim mengenai album baru METALLICA? Seperti yang saya jawab soalan sebelum ini. Kalau mengenai album baru METALLICA memang amat terbaik. Adakah pemuzik seperti anda terkesan dengan keadaan politik negara sekarang? Apa pandangan Kim tentang kestabilan ekonomi dan pentadbiran Malaysia hari ini? Tiada komen.

Apakah tafsiran muzik indie sebenarnya? Selain bermain lagu cover, adakah anda juga tulis menulis lagu-lagu sendiri? Saya kurang tahu kalau soal lagu-lagu muzik indie. Setakat ini tiada menulis lagu lagu sendiri. 

Terima kasih Kim. Untuk pengetahuan saudari, Pedal To The Metal (kini Rakap Besi) ini adalah zine travelog metal. Ada sebarang pesanan akhir? Terima kasih kerana sudi interview saya. 
Untuk tempahan Herrin band: Whatsapp: 012-2061652, Fax: 03-42911913 

Dipetik daripada Rakap Besi, isu # 5 (Disember 2016).

No comments:

Post a Comment