Thursday, October 1, 2020

WAWANCARA BERSAMA INSULTOR (MAL)

INSULTOR merupakan antara pewaris takhta muzik gelap Kuala Lumpur yang dahulunya diungguli oleh NEBIRAS, ARADIA, MISANTHROPE, RAVENLORD dan yang seangkatan mereka. Mereka terkenal dengan konsep dan imej yang ekstrim selaras dengan ideologi yang dibawa aliran muzik ini. Dam’Neyshun (Pengasas, gitaris, vokal) telah diseru untuk berkongsi pahit maung perjuangannya dalam pergerakan muzik black metal tempatan. 

Oleh: Barbarossa

Walaupun anda berasal dari Kangar, Perlis anda mempunyai latarbelakang muzik yang agak panjang dalam pergerakan muzik di KL. Saya mengetahui asalnya anda adalah pemain gitar kumpulan brutal death metal, NECRO AGONY. Boleh ceritakan penglibatan awal anda dalam muzik bawah tanah? Siapa dan apakah yang mempengaruhi anda? Masa aku menetap (damn you Bahasa Malaysia) di KL ini, aku mula join ngan banyak rakan-rakan scene KL/Shah Alam/PJ. Aku tubuhkan IMPERIA masa tu (kat USJ) dengan konsep black metal. Anggota band masa tu pun member Perlis yang ada kat sini. Jamming & lepak selalunya kat area Pandan Indah, Studio SCS (Fadzlie). Dalam masa ini lah aku jumpa NECRO AGONY (intro oleh Redza HEREAFTER) sebab diorang pun jamming kat studio yang sama. Mereka memerlukan gitaris untuk rilisan demo mereka. Aku memang kurang feel sikit dengan brutal death, tapi aku join juga lah sebab aku takdak apa nak buat pun masa tu. Dalam masa yang sama aku teruskan IMPERIA, tapi malang tidak berbau (haha) 2 dari ahli IMPERIA telah menarik diri. Lagu pun masa ini aku buat sendiri as a one man band. Lagu-lagu Imperia aku dah buat, aku ada masukkan dalam rilisan kedua single ‘Ritual Damnator ‘ sebagai bonus track. Masa ini lah start la dok cari ahli baru untuk aku teruskan IMPERIA. Fuck. 

Ideologi banyak mempengaruhi aku dalam dunia muzik bawah tanah ini. Aku tidak lah terikut sangat dengan ideologi dari luar tapi sebagai panduan untuk aku memandang dunia dan membentuk ideology/attitude aku sendiri. So sama juga dengan band-band yang aku dengar, ideology/attitude comes first. walaupun ideologi berbeza dengan apa yang aku bawakkan. Aku rasa benda ini penting dalam pergerakan muzik yang kita bawak. 

Dalam masa yang sama anda turut bergerak sebagai pemain bass undangan DEVASTATOR setelah pemain bass asal mereka mengundur diri. Kenapa anda tidak meneruskan sahaja DEVASTATOR bersama Redza? Masa tu Redza dah pickup ngan HEREAFTER. Rasanya ada cuba beberapa kali untuk meneruskan DEVASTATOR, lagu baru untuk DEVASTATOR dah ada dengan Syed dan bantuan Rammy (Au Revoir). Dalam masa ni pun Zam (MG34) dah join IMPERIA sebagai drummer. Kami tukar IMPERIA kepada INSULTOR sebab pembawakan muzik yang sedikit berbeza. So bila Redza mulakan HEREAFTER selepas DEVASTATOR, aku teruskan INSULTOR. 

Bagaimana pula posisi anda dalam BLACK ABYSS? Kenapa berundur diri? Adakah mereka masih wujud? BLACK ABYSS masih wujud. Dalam proses untuk rakaman rilisan terbaru kalau tak salah aku. Aku berundur dulu sebab berbeza pendapat/ideologi & nak bagi tumpuan dekat INSULTOR, Aku join BLACK ABYSS sebab nak support pergerakan black metal pada masa tu. Tapi aku jugak nak reshape balik INSULTOR selepas IMPERIA. Sebab masa join BLACK ABYSS dulu, INSULTOR berjalan serentak pada masa tu. Aku rasa mcm banyak masa aku habiskan untuk show & praktis dengan BLACK ABYSS, aku tak boleh bagi focus kat INSULTOR. Walaupun masa tu kami dah release single “Ritual Damnator”. Fuck. So aku putuskan aku nak bagi tumpuan sepenuhnya kepada INSULTOR.

Itu yang sebaiknya! INSULTOR sebelum ini dikenali sebagai IMPERIA, dan tahun ini genap satu dekad ia ditubuhkan. Saya lihat INSULTOR bergelut sekian lama untuk mendapat ahli yang serasi, begitu banyak anggota yang datang dan pergi dalam INSULTOR. Apakah sukar untuk mendapat pemuzik yang bagus atau sikap mereka yang tidak bagus? Selepas IMPERIA menukar nama kepada INSULTOR, aku buat keputusan untuk bergerak sebagai 2 man band. Membawa ke arah yang lebih gelap, aku cuba buat lagu-lagu yang sedikit berbeza dari IMPERIA. Maka terhasillah lagu 'Demon', yang kemudiannya kami release sebagai single dengan satu lagu cover dari kugiran VON. Lagu IMPERIA yang aku aku buat dulu aku ada masukkan dalam rilisan kedua single ‘Ritual Damnator ‘ sebgai a bonus track. Tapi sebab kvlt aku buat 15 keping saja. hahaha!. Fuck off. 

Pada masa ni bukan masalah pemuzik yang menghantui INSULTOR, tapi lebih kepada komposisi serta stail muzik. INSULTOR dah masuk studio dan merakamkan 6 lagu untuk rilisan demo pertama. Tapi aku terpaksa reject semua lagu untuk rilisan sebab aku rasa tidak sesuai dengan stail dan pembawaan INSULTOR walaupun kami ada memainkan 2-3 lagu dari sesi rakaman itu untuk gig-gig yang kami sertai. Ini mungkin disebabkan ketidakserasian antara aku dan Zam yang mempunyai stail permainan yang agak berbeza. Jadi kami memutuskan untuk mencari seorang lagi pemuzik untuk mengimbangi komposisi muzik INSULTOR. 
  
Gambarkan sedikit kepada mereka tidak kenal anda. Adakah perbezaan komposisi muzik INSULTOR kini dan ketika dibawah nama IMPERIA? Muzik yang begitu mempengaruhi dan memenuhi citarasa anda? Komposisi lagu INSULTOR & IMPERIA tidak banyak beza sebenarnya. Tapi disebabkan gabungan antara aku dan Zam menghasilkan lagu yang agak mengarah kepada blacken death. Pada masa ini aku banyak dipengaruhi oleh Norwegian black metal, jadi sound IMPERIA lebih mengarah ke situ. Tapi dengan INSULTOR aku cuba menghasilkan sesuatu yang lain kepada pendengar. Tambahan pula dengan influences baharu yang dah membuka mata aku. 


Kenapa INSULTOR mengambil masa yang begitu lama untuk menghasilkan demo sulung “Demonic Session”? Ia boleh dikatakan antara demo tape paling gelap pernah dihasilkan oleh entiti black metal Malaysia. Adakah anda berpuas hati dengan hasil penamatnya? Aku agak puas hati dengan hasil dia dari segi komposisi lagu serta sound yang aku mahu. ‘Demonic Session’ sepatutnya adalah demo ketiga. INSULTOR pernah mengeluarkan single “Ritual Damnator” pada tahun 2008. Masa itu dalam perancangan untuk me’release’kan full demo. Rakaman untuk demo pertama kami dah buat di Studio Cina kt SS15. Ada 6 lagu untuk rilisan demo itu termasuk lagu dari single tu. Tapi aku rasa komposisi & stail lagu agak lemah. Jadi aku reject semua lagu-lagu tu. Cuma satu lagu aku guna untuk Eastern Massacre Compilation (Angka Kematian Production). Zam telah menarik diri dari INSULTOR selepas rilisan “Demonic Session”. Sekarang dengan bantuan Gog Magog (Vox/Drum) aku dengan dia dalam proses menghasilkan lagu-lagu baharu INSULTOR. 

Saya difahamkan anda penah mengeluarkan single CD dan terlibat dalam split 4 hala sebelum terbitnya demo “Demonic Session”? Boleh ceritakan sedikit mengenainya? Adakah ia masih boleh didapati? Koleksi untuk simpanan sendiri masih ada. Untuk mendapatkannya aku tidak pasti. Kami juga terlibat dalam kompilasi Eastern Massacre Compilation (Angka Kemation Production). Tapi kalau nak boleh direct contact dengan aku.

Sekarang ini kita dapat lihat di media-media sosial, peminat-peminat metal di Malaysia cuba untuk memberi pengertian positif atau baik kepada umum. Ada diantara mereka sanggup mengadai prinsip hingga mengunakan rancangan TV, kolum akhbar untuk mempromosi aktiviti mereka agar tidak menerima perspeksi buruk daripada masyarakat. Apa pandangan anda? Hahahaha. Promosi terpilih. Bagi aku, kalau dah masuk paper masuk siaran TV itu komersil dah, Ntah, aku agak kurang bersetuju dengan benda-benda macam ini. Aku bercakap dari segi penerimaan muzik black metal. Promote boleh tapi takyah cuba nak bagi masyarakat faham pun, depa tak akan faham. Nanti macam-macam limitation dalam berkarya, attitude kena sekat just to please masyarakat majmuk nih yang berpikir satu hala. Bagi aku black metal itu tak perlu bagi pengertian positif, kalau tak lari dari objektif asal serta ideologi yang dibawakan, lainlah kalau band tu sekadar bermuzik sahaja. Tapi aku taklah nak buat juah tak tentu hala. sekadar berpegang kepada prinsip masing-masing. 

Soalan cliché. Apakah band kegemaran anda? Bagaimana pula dengan muzik metal dari Malaysia.. Apakah band yang berpotensi di Malaysia? Sekarang aku juga meminati band-band seperti Celestial Bloodshed, Graven, Mutiilation, Goatmoon, dan yang sewaktu dengannya. Band dari Malaysia, aku minat a few band black metal seperti CLAW (dalam proses rakaman untuk rilisan terbaru), BARBALANS, SAUTS ALASTOR (dah ready rasanya lagu-lagu terbaru mereka tapi masih belum di riliskan), NIGHTLY FOG (juga dalam proses rakaman).

Saya dikhabarkan oleh Redza HEREAFTER bahawa INSULTOR sedang merakamkan sesuatu. Boleh ceritakan tentang projek terbaru itu? Sekarang dalam proses rakaman untuk re-release demo “Demonic Session” dalam bentuk CD dengan tambahan 3 lagu baru. Kalau mengikut rancangan ia akan dikeluarkan melalui label Blackwinds Productions (Malik As-Sahar). Dalam masa yang sama merakamkan beberapa lagu lagi untuk full length yang dalam perancangan untuk rilisan tahun ini. 

Bagi yang tidak tahu anda seorang pereka grafik yang handal. Guru saya. Hahaha! Logo dan imej INSULTOR juga dibentuk oleh anda. Bolehkah jika kumpulan-kumpulan lain ingin mendapatkan khidmat anda? Bagaimana anda boleh menceburi diri dalam bidang grafik dan lukisan? Mana satu yang merupakan kepakaran sebenar anda: Lukisan digital atau lukisan konvensional? Damn hahaha. Tak lah handal mana cuih!. Boleh lah untuk cari makan. Lukisan kovensional selalunya aku hanya buat untuk cover art, tapi aku tidak suka ada arahan dalam lukisan. Aku minat art dari dulu lagi, maka apa jenis seni yang menarik minat aku, aku ikut. Lukisan digital is kerja! hahaha nak cari makan, yang ni tak boleh ikut mood, kena ikut pelanggan. Boleh email kt aku insultors@gmail.com kalau nk buat buat artwork untuk band. 

Anda juga merupakan pengumpul komik dan patung adiwira. Kongsikan tentang koleksi anda? Ada lah sikit-sikit, aku tak collect semua, hanya yang menarik dan patung yang dihasilkan secara terperinci aku suka simpan. Detailing dekat patung-patung amat menarik bagi aku. 

Penulis dan Dam’Neyshun sekitar 2005 semasa proses merakamkan 
demo AU REVOIR “Psycho Charmer”. 

Mungkin anda pernah mendengar tentang Perlis Zine Fest yang berjaya dianjurkan pada Oktober tahun lalu. Isu ini juga bakal diterbitkan sempena zine fest tersebut. Mungkin anda boleh beri pendapat atau cadangan untuk Perlis Zine Fest 2017? Fest ini memang perlu dan tepat pada masanya, kerana sekarang ini boleh dikatakan penerbitan zine amat terhad. Jadi fest sebegini bagus untuk memupuk kembali kesedaran terhadap kepentingan zine. Tambahan pulak diselitkan dengan aktiviti-aktiviti lain sepanjang fest. 

Apakah yang menghalang kumpulan-kumpulan muzik lasak dari Malaysia untuk berkembang? Adakah batasan agama atau komitmen terhadap keluarga? Aku tidak mahu komen daripada segi muzik lasak yang lain, aku akan komen kepada genre black metal. Kalau daripada sudut muzik black metal yang aku bawa sekarang, tentulah ada kekangan agama malahan pemuzik-pemuzik bawah tanah sendiri yang mengecam genre black metal. Why plays something extreme when you can't be extreme at all in your music & creativity? You should know what black metal is all about. Tujuan aku buat macamtu supaya band-band black metal dari luar tak pandang rendah pada circle scene black metal Malaysia. Tapi scene Malaysia sendiri yang mengecam band-band yang terlalu ekstrim. So why bother?. Tak ekstrim kena kutuk, terlebih ekstrim kena kutuk. Aku buat apa yang aku rasa betul & perlu. 

INSULTOR telah menjayakan beberapa siri gig. Dimanakah yang paling meriah kerana boleh dikatakan semua gig kurang mendapat sambutan sekarang ini? Bayangkan saya pernah melihat gig gitaris lagenda thrash metal Frank Blackfire pun hanya dihadiri sekitar 30 orang! Ia sesuatu yang mengejutkan. Kebetulan hari itu ada perlawanan bola sepak. Frank pun hairan bagaimana di Malaysia metalhead mendahulukan sukan daripada muzik? Tadak gig meriah sebab crowds ramai. Bagi aku, semua gig yang aku join aku enjoy sebab kebanyakan yang hadir semuanya peminat muzik yang betul-betul nak tengok band yang perform. Kalau tak memang diorang tak datang support pun. So biar crowd kecik daripada crowds banyak tapi sampah. Quality over quantity!

Mungkin juga remaja atau peminat muzik sekarang lebih suka konsert atau festival yang dianjurkan secara komersil dan ekslusif seperti Hammersonic, Loud park, ROTTW soundstage, KL Metal Camp? Adakah acara-acara besar ini membantu muzik metal untuk menjadi industri? Adakah anda setuju black metal menjadi sebahagian dari industri hiburan? Mungkin. sebab acara2 besar mcmni dapat membuka mata rata2 peminat kepada pemuzik/kumpulan muzik bawak tanah untuk ke depan. TAPI, not for black metal rasanya, at least not for the time being. Tapi personally aku pun tak suka kalau black metal becomes too commercial. Kalau terkenal pun biarlah dikalangan peminat2 muzik bawah tanah. Kita bole tgk ada band2 black metal luar banyak yang dah jadi industri & di komersilkan. anda boleh nilai sendiri dari situ. Menonjolkan diri,and force yourself to the community yang takkan paham pun. Buat apa? 


Anda setuju dengan pemuzik atau peminat black metal yang hipokrit pada keluarga (di rumah lagak alim belakang isteri jadi jin), menyokong glam rock, merayu dilaman sosial agar muzik mereka didengari, merungut bila tidak disokong dan merajuk bila dikritik? Jenis black metal kebabian apakah ini? On social surface, apa yang aku boleh komen. This is Malaysia, dan aku tidak expect society to support pun apa yang aku buat. I mean a little hipokrit is a must kot especially for black metal. Aku tekankan kat sini, ini komen & pandangan aku terhadap genre black metal. Sedangkan pemuzik/peminat black metal sendiri keliru dengan isu macam ni. Just be true yourself. That is my definition of TRUE. What the fuck is TRUE yang orang lain dok pandang, aku rasa depa sendiri pun tidak paham. Ada komen-komen cakap makan nasik pun tak true. Itu tak true, ini tak true. So kalau nak true kena makan batu & duduk dalam hutan? Abeh kalau recording muzik itu macam mana? tak true lah sebab guna teknologi. Hahahah fucking idiot. Panjang ni kalau aku nak jawap part ni. Aku pun dah jumpa beberapa pemuzik black metal luar negara. Pandangan aku depa pun sama saja, ceroi pun ada. Depa tak lah sampai makan batu pun, tapi kat Malaysia ni saja orang kecam bila pemuzik extreme cuba menonjolkan apa yang mereka bawa, tapi bila band luar buat depa sanjung. Yang aku kecewa kalangan pemuzik bawah tanah sendiri yang kecam, padahal diri sendiri pernah melalui semua itu & tahu black metal itu berkenaan apa. Hipokrit mesti ada. Bukan takut atau malu, tapi aku tak push lebih-lebih aku punya ideologi & minat aku terhadap black metal kepada orang sekeliling aku. Depa bukan faham pun, sebab minda mereka dah terkongkong dengan konsep agama/pandangan masing-masing. So kat mata depa biar aku jadi regular person daripada aku kena dengar dakyah-dakyah yang aku rasa tak penting pun. For me, “Built your own ideology and live it. No master no gods”.

Untuk jawapan bahagian “menyokong glam rock, merayu dilaman sosial agar muzik mereka didengari, merungut bila tidak disokong dan merajuk bila dikritik” yang ni aku pun kurang setuju sebab ini semua nak glam punya cerita. Kalau ideologi & pandangan sendiri diutamakan dalam menghasilkan karya black metal, jatidiri dah kukuh, buat apa peduli dengan orang lain, apa org nak cakap just take it as a tools to improve yourself. 

Dahulu black metal adalah sebuah subgenre, namun kini ia telah membesar dan mempunyai cabang-cabangnya sendiri. Sebagai peminat tegar black metal… apa pendapat anda tentang black metal yang kini begitu menonjol nilai komersilnya walaupun di Malaysia ia masih dianggap ancaman moral? Aku lagi suka kalau black metal tak begitu menonjol dan mengekalkan obscurity-nya. Kalau kat negara luar mungkin ia satu perkembangan, tapi kalau black metal di Malaysia semakin menonjol semakin banyaklah kecaman akan diterima dari semua pihak. Tambahan ia menunjukkan nilai muzik black metal itu sendiri berbanding dengan band yang bermain black metal di atas nilai komersilnya. 

Terima kasih banyak Dam’Neyshun, semoga rakaman baru berjalan lancar. Kata-kata akhir. Thanks to Rammy for this fucking interview!

Dipetik daripada Rakap Besi, isu # 6 (Julai 2017).

No comments:

Post a Comment