Thursday, June 10, 2021

YOUTUBE MEMADAMKAN VIDEO DETBE "NOSFERATU WIRATHU"

 


Laman perkongsian video Amerika Syarikat telah memadamkan video rasmi "Nosferatu Wirathu" oleh kumpulan grindcore DEFENESTRATE THE BELLWETHER kerana bercanggah dengan YouTube's Community Guidelines iaitu membangkit isu pembantaian dan penghapusan etnik di Myanmar. Video tersebut dihapuskan terus oleh Youtube tanpa boleh dimuat turun kembali oleh pemiliknya.

"Ini bukanlah kami pertama video band aku dihapuskan oleh YouTube, sebelum ini video instrumental muzik "Hanzar Division" oleh band heavy metal aku, AU REVOIR pun kena padam. Bayangkan takda lirik pun? Melainkan mereka rasa kurang senang apabila banyak komen-komen penonton yang menghentam aku kerana membuat lagu penghormatan kepada SS ke-13 (division tentera Nazi, Bosnia). Aku bukan Nazi pun, tapi ia satu sejarah yang gelap, berdarah dan benda biasa bagi muzik metal". Kata, Barbarossa pemain gitar dan komposer, Defenestrate the Bellwether.

Sambungnya lagi "Youtube tidak menyekat dan tidak menghapuskan video-video ceramah kebencian dan kebiadapan Ashin Wirathu terhadap etnik Rohingya dan komuniti Islam di Myanmar. Dia dan geng 969 dah terang-terang sememangnya pengganas Buddha. Sungguh melucukan apabila video kami dibuang oleh Youtube kerana lagu "Nosferatu Wirathu" itu bukan ada lirik pun. Sumpah! Ha! Ha! Aku mencipta, merakamkan dan mengadukan lagu itu dalam masa 2 jam sahaja demi untuk mencukupkan durasi demo kaset kami sepanjang 20 minit. Aku takda masa nak buat lirik ketika itu, dan kami hanya menyalak dan bertempik aja untuk gambarkan emosi kami berdasarkan tajuk yang dipilih. Manakala sample dalam lagu itu dipetik dari pidato Wirathu dalam arkib Youtube sendiri! Ha! Ha!".

Bagaimanapun video tersebut masing lagi bersiaran di instagram bagi yang belum menontonya.

No comments:

Post a Comment