Selesai sudah sesi pertemuan dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis yang diwakili Penolong Pengarah Pn. Nortilawati dengan saya bersama Madam Nanie, Trash Hero Perlis untuk mengemukakan permohonan agar Musafir Lara Campsite agar dimasukkan ke dalam program Denai Sungai Kebangsaan (DSK). Untuk makluman, Musafir Lara telah dijarahkan dalam kerja-kerja penyelenggaraan terusan Tebatan Banjir Kampung Wai. Maka saya dan Madam berusaha untuk mendapatkan hak sebagai komuniti setempat dan NGO untuk menjaga kelestarian alam di tempat tersebut. Perlu diingatkan, kami bukan pengusaha atau peniaga.
Dari pertemuan itu pihak JPS menolak permohonan kami dengan alasan terusan Tebatan Banjir Lencongan Barat tersebut berbahaya dan tidak sesuai untuk aktiviti air. Selain sangat dalam, paras airnya tidak dapat dijangka kerana dibawah kawalan empangan Timah Tasoh. Air akan tiba-tiba menjadi lebih dalam apabila di-flush dari empangan untuk mengawal banjir di Negeri Perlis. Menurut JPS selain apa apa struktur binaan, mereka juga tidak akan meluluskan sebarang penganjuran program berskala besar di situ.
Bagaimanapun Kerajaan Negeri Perlis dan JPS kini sedang membersihkan kawasan berikut untuk:
SITE A - kawasan di muara laut, mengadap Pulau Langkawi dan Pulau Brasmana. Port sightseeing.
SITE B - (area Musafir Lara Campsite), kawasan lapang, riadah. doggol sepenuhnya.
SITE C - Main attraction. (berhampiran titi, kubur) campsite ini mungkin diuruskan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi JPS. Turut dibuat jalan untuk turun dengan kenderaan rapat ke sungai.
SITE D - Berdekatan terowong air yang menghubungkan Lencongan Barat dari Tebing Tinggi,
kawasan rehat, ada 2 pondok wakaf, campsite.
Semua sites ini akan dibuka secara rasmi pada tahun hadapan dan bakal menjadi satu tarikan baharu bagi Perlis. Nantikan.
No comments:
Post a Comment